Besi
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me...