Posts

Showing posts with the label bahasa melayu

Biro Penerbitan & Penerangan

Image
Teks: Lyana Zakaria Fuh fuh..*tiup habuk* Assalamualaikum wbt kepada pembaca. Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata. Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone...

Lion

Image
Text : Lyana Zakaria Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya: 1. Minah cengeng (Arwah mak bagi) 2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein ) 3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah) Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya. Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.  Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya. Kenapa? Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah. Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat sepe...

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terp...

Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim, Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya. Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim. Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah ja...