Posts

Showing posts with the label Muslims

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terp...

Mushrif

Text: Lyana Zakaria Topik yang menarik hari ini. Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini. Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta. Hrmm.. Tak tahu nak kata apa. Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,  " bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano? " (saya juga mengalami permasalahan yang sama) Kenapa jadi begini? Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas. 1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan. 2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatn...

Siapalah aku....

Text: Lyana Zakaria Hari ini, hati ini gelisah. Hari ini, hati ini tenang. Hari ini, ada hati yang gelisah. Hari ini, ada hati yang tenang. Hari ini, hati-hati ini bersatu pada yang Satu. Hari ini,  hati-hati ini berpecah kerana sesuatu. Hari ini, hati ini dikawal oleh iman. Hari ini,  hati ini diganggu oleh bisikan Taghut. Hari ini,  hati ini berkata-kata. Hari ini, hati ini terdiam tanpa kata. Hari ini, hati ini terpegun. Hari ini, hati ini kecewa. Hari ini, hati ini rasa sayang. Hari ini,  hati ini rasa benci. Hari ini, hati ini ikhlas. Hari ini, hati ini berkira-kira. Hari ini, hati ini penuh dengan perasaan. Perasaan apa? Takut, Malu, Kecewa, Marah, Serabut, Gembira dan hari ini, aku post dua kali. p/s: seronok sebab aku tahu takde siapa hiraukan post ni kalau aku post kat FB nanti :P

Semester 4

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur hamba untuk meneruskan perjalanan ke hidup hamba di atas muka bumi Allah yang indah.  Cuti musim sejuk telah berakhir, maka bermulalah semester 4. Abilities and disabilities. What a great syllabus! Brain and spinal cord. Bhahaha. Nerves, meninges, ventricle, autonomic and etcetra.  Sebenarnya belajar merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Belajar bukan semata-mata pergi ke kelas dan tuntut ilmu, tetapi belajar bagaimana untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah yang luas untuk kita hamba Allah yang sangat kerdil ini. Banyak perkara telah membuka mata saya yang tidak berapa celik ini, salah satunya adalah cara untuk menghadapi ujian Allah. Dahulu kita ada emak ayah yang membantu kita membuat keputusan. Biarlah apapun yang penting bukan kita yang fikirkan. Bagus juga orang muda macam kita minta pendapat daripada orang yang makan garam dahulu. Tapi sampai bilakah kita akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapka...

Sahabati

Image
Sahabat. Merekalah yang menyinari hidup kita selain ibubapa. Kadang-kadang mereka lebih tahu perangai nakal kita. Walau tak sekepala, tetapi semua mengakui tanpa mereka pasti hidup kita berbeza. Tak akan wujud memori kita bersama kalau Allah tak pertemukan kita. Setiap seorang memberi memori yang berbeza. Ada yang ketawa dan ada yang sedih. Ada yang singgah sebentar, ada yang lama hatta hari ini masih mencipta memori indah bersama. Allah tahu selain berkasih dengan-Nya, Dia juga mahu kita merasa keindahan berkasih sesama manusia. Itulah tanda hebatnya kasih sayang Allah kepada kita. Kerana kasih sayang Allah kita dapat merasa kasih sahabat kita. Sayangnya Allah pada kita kerana tidak mahu kita sesat di dunia ini, maka Dia pertemukan kita dengan mereka. Merekalah sahabat yang sering memperingati kita tentang dunia yang fana ini sering cuba melalaikan kita. الرحمن الرحيم. Bersyukurlah kita kerana Allah beri kita walau hanya seorang sahabat. الحمد الله Seronok dapat jumpa kawan lam...

Marah

Image
Text: Lyana Zakaria Marah. Satu perasaan yang tidak menyenangkan sesiapa pun di dunia ni. Kenapa? Dengan perasaan ini, kita benci orang. Dengan perasaan ini, kita dengki dengan orang itu. Dengan perasaan ini, kita buat fitnah. Dengan perasaan ini, kita menipu. Dengan perasaan ini, kita derhaka pada Allah. Dengan perasaan ini, kita derhaka pada ibu ayah. Dengan perasaan ini, kita hilang fokus. Dengan perasaan ini, kita cakap lepas. Dengan perasaan ini, kita abaikan tanggungjawab kita..... Dan banyak lagi. I admit that sometimes I couldn't help myself for not being angry. It is hard. But I'll try again. Sometimes I take it too serious till I make people around me annoyed. And sometimes it's vice versa. And it's kinda make me a little disappointed with myself. because Justin Timberlake once said that; "What goes around, comes around" You can say it as Karma. In order to make they be better is you, yourself MUST be Better. In...

Tips Resipi Mudah Untuk Suri Rumah: Peluang sebagai penulis dari rumah

Tips Resipi Mudah Untuk Suri Rumah: Peluang sebagai penulis dari rumah : Teks: Aishah Hussein Sabtu lepas, mentor saya telah pm saya tentang artikel yang saya telah sumbangkan ke dalam majalah Muslimah.  Saya ti...

How to be a successful muslims

Texts: Lyana Zakaria 10 Things that Bring SUCCESS: Making right choices no matter how difficult. (it builds self-respect & the respect of others) Being generous! (give the gifts of your time & abilities to others) Working hard at something you like or that is required of you. (you’ll feel good about your accomplishment) Starting over after making mistakes (each day is new and fresh!) Choosing good friends. (a mark of true success!) Loving others in spite of their faults. (maybe they will overlook yours) Living peacefully with others. (conflicts robs you of energy and motivation) Believing that ALLAH loves you unconditionally. Talking to ALLAH in salah. (get real with Him. He knows what’s in your heart anyway.) Discovering ALLAH’s purpose for your life. (HE HAS THE BEST PLAN!)

Solat 3asar?

Salam. Wow! Tomorrow is my last paper and June 12th I'll be flying to Malaysia! Syiookknya ! haha. Everytime we eat, we'll talk about Malaysian food. Ya Allah, I missed them so much! Laksa.. Cekodok Jagung... Tauhu Bakar... Nasi Lemak... Nasi Ayam Ibu... Nasi Hujan Panas... Roti Canai... Roti Nan... Capati... Apam... Laksam.... Arrgghhh... Nak makan semua!! Haha .. psycho ! (according to my housemates) :P Seronok-seronok jugak Lyana. Remember you have your last paper tomorrow... Pray for me guys! Okay, we're back to our main topic. Solat 3asar ? Hrmm.... Tadi, lepas solat Dhuhur, baca quran... tiba-tiba ada satu ayat Allah ni menimbulkan persoalan dalam diri ini yang masih kurang ilmu agamanya.. بسم الله الرحمن الرحيم حفظوا على الصلوة الوسطى وقوموا لله قنتين [238:سورة البقرة] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang 3asar), dan dirikanlah kerana Allah (da...

Ustaziatul Alam

As salamu alaikum,  It has been 2 months (err..or maybe more) I didn't update my blog. So, Izzayyukum? Ana? Alhamdulillah.. Ana quwayyisah. So, I've left my blog for a long time and there's a lot of thing to share so I'll summarize it, okay? Last Winter Break, I only had a chance to go to Cairo. It's one of the spectacular thing ever happen in Winter for me BECAUSE I went to the one of the biggest book fair in the world! heee ;) There were lot of books from A-Z . You can find varies of genre there such as religions,scientific, fiction or non fiction  BUT I don't have much money to buy all the books that I wanted to.. I only bought GRAY'S ANATOMY  huhuhu.. (Banyak sangat buku Medicines and harga susah nak jumpa angka kecil) Next year, I'll bring triple from last time. haha.. So that's what happened in Ma9rod( book fair).. Actually what made my holiday more amazing is we went to MAKAM of Imam-Imam and one of it is Makam Imam Syafie. People said that...

عيد الاضحى في المصر

Image
Buat pertama kalinya saya menyambut Eid Adha di luar negara dan tanpa keluarga :'( Alhamdulillah everything went well . Subuh subuh saya skype dengan parents saya untuk mengucap Selamat Hari Raya dan mohon kemaafan supaya hidupku di sini diberkati Allah. Sebagai perantauan for the first time, we planned to make currypuff for Raya(saya cuma tukang merasa) and they have made it. YUMYUM . Homemade Currypuff Tapi sayang kami terlepas solat sunat Eid Adha di tahun pertama kami berada di sini. Saya merasa satu kerugian buat kami semua kerana melepaskan peluang tersebut. Insya Allah tahun depan kita bertemu lagi wahai Solat sunat Eidil Adha. HUUU~ :'(  Selepas solat sunat berjemaah di rumah, kami menuju ke tempat yang Ummi suruh kami berkumpul untuk upacara penyembelihan. unta yang telah dikorbankan  Sampai sahaja di sana, we were asked to help abang senior kupas kulit telur. Aiyaa! We're not volunteer or AJK yang ditugaskan melakukan kerja tersebut tapi kitorang...

Rambut Sama Hitam , Hati Lain-lain

Hari ini kita cerita pasal kepelbagaian ragam manusia sekeliling kita . Alhamdullilah hampir sebulan menetap di Mansurah, sedikit demi sedikit kita mula mengenali ragam rakan-rakan kita. Ada yang baik , ada yang buruk . Tengok muka innocent  , cakap lembut tapi after a week , JENG JENG JENG.... terserlah perangai sebenar dia macam mana **sayalah tu** Tapi setakat ini andai kata aku tersalah kata sehingga menyebabkan berlakunya ketidakselesaan antara kami, dengan segeranya aku memohon maaf . itu memang sifat aku . Tidak boleh diubah . I will try to be a considerate person . I don't want make any gap between my housemates . Housemate adalah Familyku Bagi aku untuk perantau macam aku, housemate sangat penting kerana merekalah yang bakal menjadi tempat kita mengadu masalah kita, tempat kita memohon bantuan , tempat kita meminta nasihat yang mana sebelum ini tempat itu diambil alih oleh parents kita atau teman baik kita . Selain itu, hubungan baik yang terbina antara kita dan hou...

الارض الكنانة

Image
Alhamdulillah, pada 27th September 2012 aku telah selamat tiba di Mesir. Sampai sahaja aku di Cairo Airport benda pertama yang aku nampak ialah pasir. Nak menunggu luggage sangat lama. Senior senior kitorang dekat sini sangat peramah dan baik baik belaka . 4 jam jugak untuk aku dengan kawan ke Maansoura . haha mungkin sebab jalan jam . Sampai di Mansoura aku pergi ke kedai untuk beli topup number mesirku ;) and barang barang untuk mengelap. Balik rumah kitorang sapu sapu jer pastu terus tidur sebab mengantuk sangat. Rumah sebelah and rumah bawah semua siap mop rumah semua malam tu . kitorang buat keesokan harinya . Orang arab di sini sangat peramah . kitorang sempat berkenalan dengan adik kepada tuan rumah kitorg namanya Ainsam. umur dia 13tahun. Badan dia tinggi dan tegap la. Kulitnya putih dan rambutnya keperangan . Aku tak pasti tuan rumah ni abang kepada Ainsam atau family Ainsam . Tapi apa yang aku pasti nama dia Ahmad and dia banyak tolong kitorang cakap bahasa arab. Even thoug...