Posts

Showing posts with the label Experience

Setelah 60 Tahun

Image
Teks: Lyana Zakaria Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan bertukar kepada parti pembangkang. Selama 60 tahun rakyat Malaysia duduk dalam tampuk pimpinan yang sama iaitu Barisan Nasional. Hari ini, 10 Mei 2018, rakyat Malaysia mula bersorak gembira kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang sedia ada yang penuh dengan korupsi. Kalau sebelum ini kita dapat lihat kehangatan kempen antara semua parti-parti di Malaysia. Masing-masing cuba sehabis mungkin mempromosikan parti pilihan mereka. Rata-rata anak muda tahun 80an-90an mahukan perubahan. Tapi sayang dalam kita berkempen, ada dalam kalangan kita menggunakan bahasa yang kurang manis, menyerang peribadi calon yang mana kita boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan itu. Sentimen yang masih diwujudkan dalam kalangan rakyat juga adalah isu rasis. Seolah-olah tiada lagi isu lain yang boleh dibangkitkan. Kerajaan kita hari ini adalah Pakatan Harapan dengan membawa harapan mereka akan memperjuangkan suara-suara ...

Biro Penerbitan & Penerangan

Image
Teks: Lyana Zakaria Fuh fuh..*tiup habuk* Assalamualaikum wbt kepada pembaca. Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata. Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone...

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terp...

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me...

Mushrif

Text: Lyana Zakaria Topik yang menarik hari ini. Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini. Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta. Hrmm.. Tak tahu nak kata apa. Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,  " bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano? " (saya juga mengalami permasalahan yang sama) Kenapa jadi begini? Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas. 1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan. 2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatn...

Ustaziatul Alam

As salamu alaikum,  It has been 2 months (err..or maybe more) I didn't update my blog. So, Izzayyukum? Ana? Alhamdulillah.. Ana quwayyisah. So, I've left my blog for a long time and there's a lot of thing to share so I'll summarize it, okay? Last Winter Break, I only had a chance to go to Cairo. It's one of the spectacular thing ever happen in Winter for me BECAUSE I went to the one of the biggest book fair in the world! heee ;) There were lot of books from A-Z . You can find varies of genre there such as religions,scientific, fiction or non fiction  BUT I don't have much money to buy all the books that I wanted to.. I only bought GRAY'S ANATOMY  huhuhu.. (Banyak sangat buku Medicines and harga susah nak jumpa angka kecil) Next year, I'll bring triple from last time. haha.. So that's what happened in Ma9rod( book fair).. Actually what made my holiday more amazing is we went to MAKAM of Imam-Imam and one of it is Makam Imam Syafie. People said that...

عيد الاضحى في المصر

Image
Buat pertama kalinya saya menyambut Eid Adha di luar negara dan tanpa keluarga :'( Alhamdulillah everything went well . Subuh subuh saya skype dengan parents saya untuk mengucap Selamat Hari Raya dan mohon kemaafan supaya hidupku di sini diberkati Allah. Sebagai perantauan for the first time, we planned to make currypuff for Raya(saya cuma tukang merasa) and they have made it. YUMYUM . Homemade Currypuff Tapi sayang kami terlepas solat sunat Eid Adha di tahun pertama kami berada di sini. Saya merasa satu kerugian buat kami semua kerana melepaskan peluang tersebut. Insya Allah tahun depan kita bertemu lagi wahai Solat sunat Eidil Adha. HUUU~ :'(  Selepas solat sunat berjemaah di rumah, kami menuju ke tempat yang Ummi suruh kami berkumpul untuk upacara penyembelihan. unta yang telah dikorbankan  Sampai sahaja di sana, we were asked to help abang senior kupas kulit telur. Aiyaa! We're not volunteer or AJK yang ditugaskan melakukan kerja tersebut tapi kitorang...

Rambut Sama Hitam , Hati Lain-lain

Hari ini kita cerita pasal kepelbagaian ragam manusia sekeliling kita . Alhamdullilah hampir sebulan menetap di Mansurah, sedikit demi sedikit kita mula mengenali ragam rakan-rakan kita. Ada yang baik , ada yang buruk . Tengok muka innocent  , cakap lembut tapi after a week , JENG JENG JENG.... terserlah perangai sebenar dia macam mana **sayalah tu** Tapi setakat ini andai kata aku tersalah kata sehingga menyebabkan berlakunya ketidakselesaan antara kami, dengan segeranya aku memohon maaf . itu memang sifat aku . Tidak boleh diubah . I will try to be a considerate person . I don't want make any gap between my housemates . Housemate adalah Familyku Bagi aku untuk perantau macam aku, housemate sangat penting kerana merekalah yang bakal menjadi tempat kita mengadu masalah kita, tempat kita memohon bantuan , tempat kita meminta nasihat yang mana sebelum ini tempat itu diambil alih oleh parents kita atau teman baik kita . Selain itu, hubungan baik yang terbina antara kita dan hou...

Exploring Bumi Anbiya'

Image
Alhamdulillah . Harini telah masuk hari ke sepuluh aku berada di Mansoura. Walaupun baru sepuluh hari aku berada di sini, terasa lama sudah aku menetap di Mansoura. Terasa seperti Mansoura sudah sebati dengan diriku . Pada mulanya aku merasakan sedikit penyesalan dan membuatkan aku trefikir adakah benar jalan yang telah aku pilih. Tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit perasaan itu mula hilang . Apa yang ada dalam fikiran sekarang ini hanyalah pembelajaranku . Sedikit kecewa kerana kami ketinggalan kelas selama seminggu . Tidak seperti yang dijanjikan kepada kami menyebabkan kami agak terkilan. Mungkin ada hikmah Allah beri ujian ini pada kami. Allah mahu kami berusaha lebih sedikit berbanding orang yang telah tiba lebih awal daripada kami . Ya Allah, Dengarlah doa kami ya Allah . Kawasan perumahan kami baru hendak membangun. Sekeliling rumah kami semuanya sedang membangun. Insya Allah kalau betul apa yang dikatakan senior mungkin kawasan kami akan membangun dan menjadi seperti kawasa...

الارض الكنانة

Image
Alhamdulillah, pada 27th September 2012 aku telah selamat tiba di Mesir. Sampai sahaja aku di Cairo Airport benda pertama yang aku nampak ialah pasir. Nak menunggu luggage sangat lama. Senior senior kitorang dekat sini sangat peramah dan baik baik belaka . 4 jam jugak untuk aku dengan kawan ke Maansoura . haha mungkin sebab jalan jam . Sampai di Mansoura aku pergi ke kedai untuk beli topup number mesirku ;) and barang barang untuk mengelap. Balik rumah kitorang sapu sapu jer pastu terus tidur sebab mengantuk sangat. Rumah sebelah and rumah bawah semua siap mop rumah semua malam tu . kitorang buat keesokan harinya . Orang arab di sini sangat peramah . kitorang sempat berkenalan dengan adik kepada tuan rumah kitorg namanya Ainsam. umur dia 13tahun. Badan dia tinggi dan tegap la. Kulitnya putih dan rambutnya keperangan . Aku tak pasti tuan rumah ni abang kepada Ainsam atau family Ainsam . Tapi apa yang aku pasti nama dia Ahmad and dia banyak tolong kitorang cakap bahasa arab. Even thoug...