Posts

Showing posts with the label Mansoura University

Ahlan Junior

Image
Teks: Lyana Zakaria "Korang, jangan lupa ya promote #ahlanjunior, " pesan Tuan Pengerusi PCM 15/16, Asyraf Albakri. InsyaAllah, tulisan kali ini adalah sedikit perkongsian pengalaman diri ini setelah hampir 4 tahun menetap di bumi Mesir ini. Niat Bercakap mengenai ahlan, terimbau kenangan hari berlepas ke Mesir. Beberapa hari sebelum hari kejadian, ayah mendapat makluman daripada bosnya untuk terbang ke Perancis bersama-sama bosnya sehari sebelum tarikh saya berlepas ke Mesir. Sedikit kecewa juga kerana ayah tidak dapat bersama-sama keluarga melihat aku berlepas. Oleh kerana kudrat wanita seperti ibu dan aku tidak sekuat ayah dan Hakeem yang agak keding pada waktu itu, maka ayah pun meminta pertolongan Uncle Pok atau nama sebenarnya Azizi, teman rapat ayah semasa mengaji di Texas, Amerika dulu untuk membantu mengangkat beg bagasi. "Awak, Lyana before flying ni set your mind and niat that you're going to Egypt to study because of Allah. InsyaAllah, Allah...

Lion

Image
Text : Lyana Zakaria Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya: 1. Minah cengeng (Arwah mak bagi) 2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein ) 3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah) Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya. Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.  Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya. Kenapa? Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah. Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat sepe...

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me...

Early Experiences

Image
Text: Lyana Zakaria Selamat Malam dari Mesir Malam yang indah di Syarie Rabie. (Bukan Rabie di Kaherah ya..) Alhamdulillah, telahpun berakhir peperiksaan mid-semester ku. Sekarang, matlamatku hanya satu; FINAL. Oh ya! Tahniah Amanina! Jayyid Jiddan for final semester 3 . Daebak~ Okay, apa itu Early Experiences ? Salah satu kelas praktikal untuk pelajar perubatan tahun 2 Mansoura Manchester Programme.  Haa, itu salah satunya. Selain itu, ia juga merujuk kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru menjinakkan diri dalam persatuan. Jujur saya katakan, bukan mudah untuk orang yang tidak tahu apa-apa yang memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana organisasi baik di sekolah dahulu. Sungguh tidak mudah buat saya yang tiba-tiba sahaja melibatkan diri dengan aktiviti persatuan, membahagikan masa untuk diri saya, masyarakat sekeliling dan keluarga. Ibu sudah berapa kali merajuk kerana aku terlalu sibuk sehingga kami jarang berhubung walaupun melalui Whatsapp . HUH...

Mickey Mouse

Text: Lyana Zakaria Salam Maghrib dari Mesir. Semua orang risau pasal kapal terbang hilang itu. Macam-macam versi cerita kita dengar malah membuatkan orang yang membaca menjadi lebih keliru termasuklah hamba. Orang Ganu kate "Beratlah set set ni" Bhahahaha.. Sorry Mira. Hamba malas nok ambil cerita mano-mano sebabnya iye dok sah lagi oleh kerajaang. Makanya hamba ambil jalang mudoh iaitu kita ambil hok mana Perubatan sendiri post pasal kemalangan ini. In sha Allah. Kalu Perubatan sendiri pos, hambo percaya In sha Allah 100%. haa gitu. Kita serah pada Allah sahaja. Tak perlulah tweet sana, tweet sini, marah sana, marah sini, fb sana, fb sini. Nampak tak matang dan tidak professional. Malulah. Umur dah masuk 20, tapi percakapan, pertuturan dan penulisan masih lagi di dalam fasa remaja?? Haish. Lyana, tok sah dok kata kek orang ja. Kamu pung sama jugok. Dah 20 dah umur tuh. peace y'all. p/s: Mickey Mouse maskot rumah merah yeay! Mickey Rangers... bhahah...

Siapalah aku....

Text: Lyana Zakaria Hari ini, hati ini gelisah. Hari ini, hati ini tenang. Hari ini, ada hati yang gelisah. Hari ini, ada hati yang tenang. Hari ini, hati-hati ini bersatu pada yang Satu. Hari ini,  hati-hati ini berpecah kerana sesuatu. Hari ini, hati ini dikawal oleh iman. Hari ini,  hati ini diganggu oleh bisikan Taghut. Hari ini,  hati ini berkata-kata. Hari ini, hati ini terdiam tanpa kata. Hari ini, hati ini terpegun. Hari ini, hati ini kecewa. Hari ini, hati ini rasa sayang. Hari ini,  hati ini rasa benci. Hari ini, hati ini ikhlas. Hari ini, hati ini berkira-kira. Hari ini, hati ini penuh dengan perasaan. Perasaan apa? Takut, Malu, Kecewa, Marah, Serabut, Gembira dan hari ini, aku post dua kali. p/s: seronok sebab aku tahu takde siapa hiraukan post ni kalau aku post kat FB nanti :P

Semester 4

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur hamba untuk meneruskan perjalanan ke hidup hamba di atas muka bumi Allah yang indah.  Cuti musim sejuk telah berakhir, maka bermulalah semester 4. Abilities and disabilities. What a great syllabus! Brain and spinal cord. Bhahaha. Nerves, meninges, ventricle, autonomic and etcetra.  Sebenarnya belajar merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Belajar bukan semata-mata pergi ke kelas dan tuntut ilmu, tetapi belajar bagaimana untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah yang luas untuk kita hamba Allah yang sangat kerdil ini. Banyak perkara telah membuka mata saya yang tidak berapa celik ini, salah satunya adalah cara untuk menghadapi ujian Allah. Dahulu kita ada emak ayah yang membantu kita membuat keputusan. Biarlah apapun yang penting bukan kita yang fikirkan. Bagus juga orang muda macam kita minta pendapat daripada orang yang makan garam dahulu. Tapi sampai bilakah kita akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapka...