Lion
Text : Lyana Zakaria
Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya:
1. Minah cengeng (Arwah mak bagi)
2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein )
3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah)
Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya.
Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.
Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya.
Kenapa?
Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah.
Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P
Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat seperti singa. Maksud saya bukanlah bahagian yang berbulu dan mempunyai gigi bertaring -_- tetapi, sifat berani, tegas, pantas dan kuat yang ada pada seekor singa merupakan sifat yang agak sukar untuk saya lakukan.
Akhir kata, ..........
Muka singa ni macam Hikari si budak handsome Miaow~
Comments
Post a Comment