Posts

Showing posts with the label Mesir

Biro Penerbitan & Penerangan

Image
Teks: Lyana Zakaria Fuh fuh..*tiup habuk* Assalamualaikum wbt kepada pembaca. Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata. Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone...

Lion

Image
Text : Lyana Zakaria Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya: 1. Minah cengeng (Arwah mak bagi) 2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein ) 3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah) Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya. Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.  Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya. Kenapa? Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah. Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat sepe...

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terp...

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me...

Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim, Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya. Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim. Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah ja...

Gentleman.

Image
Text: Lyana Zakaria Pagi dari Mansurah, Mesir. Alhamdulillah suara semakin hari semakin baik. (Dua hari lepas, suara gua rock bebeh. Nak-nak pula masa pagi-pagi buta sampai Mansurah. Macam Ramli Sarip pun ada. haha) Minnies in the House! Kami comel tapi kami tough! Champ WOW 2.0 Pengalaman WOW 2.0 di Balteem sangat bermakna buat diri ini. Pelbagai ragam manusia yang sebelum ini belum pernah aku lihat, telahku lihat. Dari yang lemah lembut sehinggalah yang paling kasar. Haaa jangan main-main nah. Akhawat Mansurah memey tough kau. hahaha. Balteem sangatlah sejuk. Aku balik Mansurah, rasa sejuk terbawa-bawa sampai takut nak masuk toilet. Angin pantai, pergghhh. Tuhan je tahu. Ibu di Malaysia turut terasa sejuknya dek kerana aku tidak meninggalkan apa-apa pesanan melalui Whatsapp. Jealouslah pulop. Hahaha. Maaflah ibu, satu-satunya alat komunikasi along tidak sempat utk along charge. Huhuhu. Alhamdulillah telah selesai pun WOW 2.0. Tinggal meeting muhasabah je. Berdeb...

Mushrif

Text: Lyana Zakaria Topik yang menarik hari ini. Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini. Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta. Hrmm.. Tak tahu nak kata apa. Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,  " bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano? " (saya juga mengalami permasalahan yang sama) Kenapa jadi begini? Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas. 1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan. 2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatn...

Siapalah aku....

Text: Lyana Zakaria Hari ini, hati ini gelisah. Hari ini, hati ini tenang. Hari ini, ada hati yang gelisah. Hari ini, ada hati yang tenang. Hari ini, hati-hati ini bersatu pada yang Satu. Hari ini,  hati-hati ini berpecah kerana sesuatu. Hari ini, hati ini dikawal oleh iman. Hari ini,  hati ini diganggu oleh bisikan Taghut. Hari ini,  hati ini berkata-kata. Hari ini, hati ini terdiam tanpa kata. Hari ini, hati ini terpegun. Hari ini, hati ini kecewa. Hari ini, hati ini rasa sayang. Hari ini,  hati ini rasa benci. Hari ini, hati ini ikhlas. Hari ini, hati ini berkira-kira. Hari ini, hati ini penuh dengan perasaan. Perasaan apa? Takut, Malu, Kecewa, Marah, Serabut, Gembira dan hari ini, aku post dua kali. p/s: seronok sebab aku tahu takde siapa hiraukan post ni kalau aku post kat FB nanti :P

Semester 4

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur hamba untuk meneruskan perjalanan ke hidup hamba di atas muka bumi Allah yang indah.  Cuti musim sejuk telah berakhir, maka bermulalah semester 4. Abilities and disabilities. What a great syllabus! Brain and spinal cord. Bhahaha. Nerves, meninges, ventricle, autonomic and etcetra.  Sebenarnya belajar merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Belajar bukan semata-mata pergi ke kelas dan tuntut ilmu, tetapi belajar bagaimana untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah yang luas untuk kita hamba Allah yang sangat kerdil ini. Banyak perkara telah membuka mata saya yang tidak berapa celik ini, salah satunya adalah cara untuk menghadapi ujian Allah. Dahulu kita ada emak ayah yang membantu kita membuat keputusan. Biarlah apapun yang penting bukan kita yang fikirkan. Bagus juga orang muda macam kita minta pendapat daripada orang yang makan garam dahulu. Tapi sampai bilakah kita akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapka...