Posts

Showing posts with the label PERUBATAN Cawangan Mansurah

Setelah 60 Tahun

Image
Teks: Lyana Zakaria Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan bertukar kepada parti pembangkang. Selama 60 tahun rakyat Malaysia duduk dalam tampuk pimpinan yang sama iaitu Barisan Nasional. Hari ini, 10 Mei 2018, rakyat Malaysia mula bersorak gembira kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang sedia ada yang penuh dengan korupsi. Kalau sebelum ini kita dapat lihat kehangatan kempen antara semua parti-parti di Malaysia. Masing-masing cuba sehabis mungkin mempromosikan parti pilihan mereka. Rata-rata anak muda tahun 80an-90an mahukan perubahan. Tapi sayang dalam kita berkempen, ada dalam kalangan kita menggunakan bahasa yang kurang manis, menyerang peribadi calon yang mana kita boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan itu. Sentimen yang masih diwujudkan dalam kalangan rakyat juga adalah isu rasis. Seolah-olah tiada lagi isu lain yang boleh dibangkitkan. Kerajaan kita hari ini adalah Pakatan Harapan dengan membawa harapan mereka akan memperjuangkan suara-suara ...

Biro Penerbitan & Penerangan

Image
Teks: Lyana Zakaria Fuh fuh..*tiup habuk* Assalamualaikum wbt kepada pembaca. Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata. Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone...

Ahlan Junior

Image
Teks: Lyana Zakaria "Korang, jangan lupa ya promote #ahlanjunior, " pesan Tuan Pengerusi PCM 15/16, Asyraf Albakri. InsyaAllah, tulisan kali ini adalah sedikit perkongsian pengalaman diri ini setelah hampir 4 tahun menetap di bumi Mesir ini. Niat Bercakap mengenai ahlan, terimbau kenangan hari berlepas ke Mesir. Beberapa hari sebelum hari kejadian, ayah mendapat makluman daripada bosnya untuk terbang ke Perancis bersama-sama bosnya sehari sebelum tarikh saya berlepas ke Mesir. Sedikit kecewa juga kerana ayah tidak dapat bersama-sama keluarga melihat aku berlepas. Oleh kerana kudrat wanita seperti ibu dan aku tidak sekuat ayah dan Hakeem yang agak keding pada waktu itu, maka ayah pun meminta pertolongan Uncle Pok atau nama sebenarnya Azizi, teman rapat ayah semasa mengaji di Texas, Amerika dulu untuk membantu mengangkat beg bagasi. "Awak, Lyana before flying ni set your mind and niat that you're going to Egypt to study because of Allah. InsyaAllah, Allah...