Sayanggg ibu !!!
Apabila kita ditanya tentang ibu kita , pasti jawapannya ," oh aku sayang ibu aku" . Sangat cliche . Tetapi apabila ibu memanggil kita untuk meminta bantuan , "ala ibu, orang baru nak rehatlah . Nanti nanti lah orang buat" malah kita akan meninggikan suara kita pada emak kita gara gara tidak mahu membantu . Tak dinafikan saya sendiri melakukan perkara tersebut . Tetapi setiap kali saya berbuat demikian terdetik penyesalan dihati dan timbul satu persoalan kenapa aku buat begitu pada ibuku sedangkan aku mengatakan yang aku sayang ibuku. Mungkin sekarang terdetik di hati kamu , ' minah ni lagi teruk daripada aku ' atau ' dia pun sama tak payah nak kecohlah wei' terpulanglah pada kalian sama ada hendak teruskan bacaan ini atau tak. Terus terang saya katakan ibu saya sering terasa hati dengan saya dan saya sering meminta maaf atas kesilapan yang sama . Astaghfirullahalazim . Malu saya dengan kawan kawan saya yang lebih sopan yang lebih menghormati ibu b...