Posts

Today But Please Not Today

Image
Teks: Lyana Zakaria Why am I here? For what reason I'm here? Why did I choose to be here? Did I made a good choice? Will I regret this? What if I change my mind? Can I turn back? If I turn back will I regret it, again? What if I did turn back and I went back to where I was? Will it change things? Or maybe I should just choose the other option? If I did, will I not have any regret anymore?  What if it is wrong even from the beginning? Should I just give up from the beginning? It would be much more easier, right?

Setelah 60 Tahun

Image
Teks: Lyana Zakaria Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan bertukar kepada parti pembangkang. Selama 60 tahun rakyat Malaysia duduk dalam tampuk pimpinan yang sama iaitu Barisan Nasional. Hari ini, 10 Mei 2018, rakyat Malaysia mula bersorak gembira kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang sedia ada yang penuh dengan korupsi. Kalau sebelum ini kita dapat lihat kehangatan kempen antara semua parti-parti di Malaysia. Masing-masing cuba sehabis mungkin mempromosikan parti pilihan mereka. Rata-rata anak muda tahun 80an-90an mahukan perubahan. Tapi sayang dalam kita berkempen, ada dalam kalangan kita menggunakan bahasa yang kurang manis, menyerang peribadi calon yang mana kita boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan itu. Sentimen yang masih diwujudkan dalam kalangan rakyat juga adalah isu rasis. Seolah-olah tiada lagi isu lain yang boleh dibangkitkan. Kerajaan kita hari ini adalah Pakatan Harapan dengan membawa harapan mereka akan memperjuangkan suara-suara ...

Signal

Teks: Lyana Zakaria Alhamdulillah, 24 tahun hidup tak pernah lari daripada kesilapan. Sekejap sahaja masa berlalu. Kalau imbas kembali masa lalu, hanya mampu geleng kepala sambil berkata “kalaulah”. (Jangan jadikan sebagai amalan harian). Baru semalam aku terpegang tangan seorang pakcik berbangsa cina yang aku ingatkan itu tangan ibuku kerana aku ralit melihat manusia sehinggalah ibu melambai aku dari jauh sambil tersengih. Baru semalam aku merengek menangis sebab cemburukan adik. Baru semalam aku mendapat seorang adik tetapi harini dia sudahpun berumur 13 tahun. Baru semalam aku terbang ke Mesir tetapi hari ini aku tinggal lagi setahun sebelum bergraduasi. InsyaAllah amin. Semua itu berlaku 20 tahun yang lalu. Semuanya seolah-olah baru semalam terjadi. Hari ini kita sudah mendekati wawasan 2020 yang dikatakan kenderaan pada waktu itu mungkin kenderaan yang boleh terbang di udara. Dunia yang dilihat sudah sakit dahulu semakin tenat. Masyarakat hilang kewarasan akal. Yang baik dikatakan...

Biro Penerbitan & Penerangan

Image
Teks: Lyana Zakaria Fuh fuh..*tiup habuk* Assalamualaikum wbt kepada pembaca. Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata. Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone...

Happy Birthday Ayah

Image
Text: Lyana Zakaria Today is Ayah's 50th birthday. Reminiscing my saturdate memories with Ayah while waiting for Ibu finishing her works. We spent our time exploring Jalan TAR before Tun Abdullah Badawi gave us cuti on Sabtu.  As I have grown up, things got complicated. I have had this kind of feeling like I hate you but I love you. That is when my rebellion phase started. Ibu said we are very alike. Well other than our looks, maybe our habit and behaviour are quite same except for our gender.  Besides that, Ibu and Hakeem are always jealous with mebe because you kind of always favor me.For instance, I didn't get scolded like they did when I did something wrong. They even said when it comes to me, everything will be 'takpe'.  I think I have disappoint you on so many level  especially during my rebellious time and I'm very sorry for what I have done for all these years. Happy birthday Ayah. Those 50 years you had was quite adventurous I...

Dua Puluh Tiga

Image
Teks: Lyana Zakaria Alhamdulillah, 23 tahun 3 hari Allah telah panjangkan umur. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan diri ini. Selama 23 tahun hidup, aku cuba menoleh belakang, mengimbau masa lalu yang telah meninggalkan aku. Pernah juga terlintas di fikiran bosannya kehidupan aku. Benda yang sama sahaja berulang setiap hari. Tapi itu dulu. Maksud aku, cara aku berfikir. Bila difikirkan semula, macam drama jugalah kehidupan aku. Nasib tiada babak menampar menggunakan air. Terus-terang aku katakan aku yang dahulu bukanlah yang sekarang. Some of you may know a part of me, some of you might know the  other side of me. Fear not, I am still Lyana.  Biarlah cerita naik turun itu aku dan Allah sahaja yang tahu. Masa lalu yang menghantui Setiap daripada kita pasti pernah mengalami detik-detik gelap yang menakutkan. Detik yang terlalu gelap ibarat kita terjatuh ke dalam gaung dan mencari jalan untuk keluar daripada gaung tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Susah. ...

Hikari, Thank you!

Image
Teks: Lyana Zakaria "Along, kitorang ada surprise untuk awak. Cepat balik," kata Hakeem. Tiba sahaja di Malaysia, masing-masing senyum tak lekang di bibir. Bukan senyum sebab sudah lama tak jumpa aku tapi senyum something fishy omputih kata. "Surprise ada kat rumah." Tiba di rumah, ada seekor kucing datang menggesel di kaki.  "Eh, comelnya kucing ni. Sejak bila lagi ni?", kata aku sambil mengusap badan Hikari. Terkebil-kebil keluargaku yang lain melihat aku mengusap Hikari. "Long what happen to 'allergy' with cats?", tanya Hakeem. "Well, I kinda have overcome it, I guess since we have Mr. Grey in the house kat Mesir," So, that's how we met. Last summer "Ya Allah, pulangnya aku ke Malaysia selama sebulan ini, aku nak jumpa dengan Hikari. Aku rindu dia."-4 Julai 2016, sebelum terbang ke Malaysia. Lebih 2 minggu aku pulang, tapi Hikari masih tak datang menjenguk kami di rumah. Kebiasaannya dia balik 2 hari sekali. ...

Ahlan Junior

Image
Teks: Lyana Zakaria "Korang, jangan lupa ya promote #ahlanjunior, " pesan Tuan Pengerusi PCM 15/16, Asyraf Albakri. InsyaAllah, tulisan kali ini adalah sedikit perkongsian pengalaman diri ini setelah hampir 4 tahun menetap di bumi Mesir ini. Niat Bercakap mengenai ahlan, terimbau kenangan hari berlepas ke Mesir. Beberapa hari sebelum hari kejadian, ayah mendapat makluman daripada bosnya untuk terbang ke Perancis bersama-sama bosnya sehari sebelum tarikh saya berlepas ke Mesir. Sedikit kecewa juga kerana ayah tidak dapat bersama-sama keluarga melihat aku berlepas. Oleh kerana kudrat wanita seperti ibu dan aku tidak sekuat ayah dan Hakeem yang agak keding pada waktu itu, maka ayah pun meminta pertolongan Uncle Pok atau nama sebenarnya Azizi, teman rapat ayah semasa mengaji di Texas, Amerika dulu untuk membantu mengangkat beg bagasi. "Awak, Lyana before flying ni set your mind and niat that you're going to Egypt to study because of Allah. InsyaAllah, Allah...

Sombong atau Buat-Buat Sombong?

Image
Teks: Lyana Zakaria "Sombonglah dia tu. Aku duk sebelah tak tegur pun." "Tak reti aku nak cakap dengan orang macam tu. Degil. Biarlah dia." Antara dialog yang selalu kita dengar atau kita ungkapkan. Setelah berumah tangga dan memasuki alam bekerja ni, pada pendapat saya antara elemen penting yang saya perlu ada adalah skil berkomunikasi.  Saya ni takdelah pandai sangat nak berkomunikasi. Kalau cakap pun macam hambar je. Sebab itu saya lebih banyak memerhati. Tetapi, memerhati sahaja tidak mencukupi untuk wujudkan persefahaman. Saya akui itu kerana kadang-kadang dengan memerhati sahaja kita akan membuat andaian sendiri dan andaian tersebut boleh jadi sama ada sangkaan itu baik ataupun buruk bergantung pada individu.  "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya" Antara salah satu sebab saya kurang pandai berkomunikasi. Kebanyakan perkataan yang keluar daripada mulut ini akan jadi satu penyesalan buat diri ini. Pernah juga ada or...

Lion

Image
Text : Lyana Zakaria Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya: 1. Minah cengeng (Arwah mak bagi) 2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein ) 3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah) Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya. Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.  Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya. Kenapa? Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah. Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat sepe...

Mansourians

Image
مشاء الله تبرك الله It's been a while,huh?  What have happen during my silenceness :- ✔️Summer vacation (checked)  ✔️ mini reunion with friends (checked) ✔️Back to Egypt (checked) ✔️New house (checked) ✔️Class of Semester 5 (checked) ✔️#MAWAR14 (checked) Nilakandi is on the way. Nilakandi is a gathering program for members of mediaPerubatan all over Egypt. There will be some games, InsyaAllah and some ' anugerah '.  Well, I have heard a lot from my boss, Awatif about other muhafazah(district) about what they can do and we, Mansourians don't. So, I am looking forward for this kind of meeting to see it with my naked eyes. Haha "I heard that Mansourians is great in making a beautiful poster". (~_~;) Hrmm. The truth is, most of BPPians of Mansurah are actually newbies. There are some beautiful posters from my awesome collegue but for that 'beautiful' poster that other muhafazah are referring to is actually our ...

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terp...

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me...

Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim, Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya. Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim. Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah ja...

Early Experiences

Image
Text: Lyana Zakaria Selamat Malam dari Mesir Malam yang indah di Syarie Rabie. (Bukan Rabie di Kaherah ya..) Alhamdulillah, telahpun berakhir peperiksaan mid-semester ku. Sekarang, matlamatku hanya satu; FINAL. Oh ya! Tahniah Amanina! Jayyid Jiddan for final semester 3 . Daebak~ Okay, apa itu Early Experiences ? Salah satu kelas praktikal untuk pelajar perubatan tahun 2 Mansoura Manchester Programme.  Haa, itu salah satunya. Selain itu, ia juga merujuk kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru menjinakkan diri dalam persatuan. Jujur saya katakan, bukan mudah untuk orang yang tidak tahu apa-apa yang memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana organisasi baik di sekolah dahulu. Sungguh tidak mudah buat saya yang tiba-tiba sahaja melibatkan diri dengan aktiviti persatuan, membahagikan masa untuk diri saya, masyarakat sekeliling dan keluarga. Ibu sudah berapa kali merajuk kerana aku terlalu sibuk sehingga kami jarang berhubung walaupun melalui Whatsapp . HUH...

Gentleman.

Image
Text: Lyana Zakaria Pagi dari Mansurah, Mesir. Alhamdulillah suara semakin hari semakin baik. (Dua hari lepas, suara gua rock bebeh. Nak-nak pula masa pagi-pagi buta sampai Mansurah. Macam Ramli Sarip pun ada. haha) Minnies in the House! Kami comel tapi kami tough! Champ WOW 2.0 Pengalaman WOW 2.0 di Balteem sangat bermakna buat diri ini. Pelbagai ragam manusia yang sebelum ini belum pernah aku lihat, telahku lihat. Dari yang lemah lembut sehinggalah yang paling kasar. Haaa jangan main-main nah. Akhawat Mansurah memey tough kau. hahaha. Balteem sangatlah sejuk. Aku balik Mansurah, rasa sejuk terbawa-bawa sampai takut nak masuk toilet. Angin pantai, pergghhh. Tuhan je tahu. Ibu di Malaysia turut terasa sejuknya dek kerana aku tidak meninggalkan apa-apa pesanan melalui Whatsapp. Jealouslah pulop. Hahaha. Maaflah ibu, satu-satunya alat komunikasi along tidak sempat utk along charge. Huhuhu. Alhamdulillah telah selesai pun WOW 2.0. Tinggal meeting muhasabah je. Berdeb...

Mushrif

Text: Lyana Zakaria Topik yang menarik hari ini. Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini. Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta. Hrmm.. Tak tahu nak kata apa. Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,  " bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano? " (saya juga mengalami permasalahan yang sama) Kenapa jadi begini? Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas. 1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan. 2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatn...

Mickey Mouse

Text: Lyana Zakaria Salam Maghrib dari Mesir. Semua orang risau pasal kapal terbang hilang itu. Macam-macam versi cerita kita dengar malah membuatkan orang yang membaca menjadi lebih keliru termasuklah hamba. Orang Ganu kate "Beratlah set set ni" Bhahahaha.. Sorry Mira. Hamba malas nok ambil cerita mano-mano sebabnya iye dok sah lagi oleh kerajaang. Makanya hamba ambil jalang mudoh iaitu kita ambil hok mana Perubatan sendiri post pasal kemalangan ini. In sha Allah. Kalu Perubatan sendiri pos, hambo percaya In sha Allah 100%. haa gitu. Kita serah pada Allah sahaja. Tak perlulah tweet sana, tweet sini, marah sana, marah sini, fb sana, fb sini. Nampak tak matang dan tidak professional. Malulah. Umur dah masuk 20, tapi percakapan, pertuturan dan penulisan masih lagi di dalam fasa remaja?? Haish. Lyana, tok sah dok kata kek orang ja. Kamu pung sama jugok. Dah 20 dah umur tuh. peace y'all. p/s: Mickey Mouse maskot rumah merah yeay! Mickey Rangers... bhahah...

Berita Mengejut.

Image
Text: Lyana Zakaria مساء الخير dari Mesir. Bangun pagi buka Twitter (sejak-sejak internet laju. Alhamdulillah) penuh TL dengan berita mengenai pesawat MH370. Terkejut. Tak terkata. Betulkah? Atau hanya gurauan? Namun setelah ibu sendiri yang memberitahu ada pesawat hilang, barulah aku percaya berita ini. Ya Allah, sungguh aku rasakan berita ini ibarat filem-filem inggeris yang sering ditayangkan di pawagam atau tele. Ternyata hari ini, berlaku kes seperti ini. Allahu Akbar. Berita ini benar-benar menakutkan. Aku di sini sebenarnya berdebar-debar menanti apakah hasil pencarian mereka. Takziah buat keluarga yang mempunyai saudara di dalam pesawat tersebut. Sesungguhnya, Allah telah merancang jalan hidup kita. Makanya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan saudara kita.

WOW 2.0

Text: Lyana Zakaria Pagi. Weekend of Wonders 2.0 13 dan 14 Mac. Anisa dengan yakinnya mengatakan kami serumah Rumah Merah. Namun begitu, kenyataan itu diragui apabila AJK Pendaftaran telah mengeluarkan senarai nama ahli rumah sukan masing-masing. Ternyata nama Amirah ada di dalam senarai Rumah Hijau. HAHA. Anisa memang lawak. Yang kasihannya, Amirah dah beria-ia merancang baik untuk maskot sehinggalah lagu sorakan. hahaha. Tapi takpelah. Kita nak berseronok merapatkan ukhuwah. Insha Allah kita dapat capai seronok itu. Harapnya, semua berjalan lancar. huhu. Okaylah. Nak buat list nama akhawat utk ketua AJK keselamatan. heh :D selamat boh. p/s: The truth is I'm actually nervous. Don't know why. T.T