Posts

Showing posts from August, 2013

Keadaan di Mesir

Ni whatsapp dr isteri Ust Nasaie,K.Amirah Munirah.Br ni je dia share - Perintah berkurung 7mlm-7ptg. Kami duk di rmh je. Slmt insyaallah. Bahaya mlm. Tentera mengganas. Diberitahu kwn di sabi' 4km dari rubuah sekatan jalanraya waktu mlm byk sgt. Hampir xda kete lalu. Pg depa x tutup jalan tapi kete kebal kete polis penuh di tepi jalan standby je. Mlm lebih2 lg lah berpesta depa puak ni. Ada 1 kete lalu di check habis2an. Mlm semua org x keluar. Sape keluar digeledah habis. Penembak tepat kebanyakannya target tembak isteri2@ank2 pimpinan. Suami sebahagian sembunyi. Depa ugut dgn bunuh. Kes ramadan lps 4 syuhada. 3 org isteri pimpinan. 1 org lg pelajar u asma x tahan gas. Ribuan jenazah di rubuah bwh kawalan depa. Dpt curi 300 jenazah dilarikan ke masjid iman. Kaum keluarga pakai dtg nak urus. Tentera buat tembakan smlm belah mlm di masjid tu. Baki jenazah di rubuah rasenya bakar gitu je nak hapus kesan. Smlm rmh kdh dpn rmh kami kecurian. 2 pencuri ditangkap dan belasah siap2. Dh di

Qunut Nazilah

Teks: Lyana Zakaria Apa yang berlaku di Bumi Anbiya sangat membimbangkan kami. Ramai yang syahid dan tercedera.  Berikutan itu, ramai yang menyarankan supaya mengamalkan doa qunut nazilah. “Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, k

Sahabati

Image
Sahabat. Merekalah yang menyinari hidup kita selain ibubapa. Kadang-kadang mereka lebih tahu perangai nakal kita. Walau tak sekepala, tetapi semua mengakui tanpa mereka pasti hidup kita berbeza. Tak akan wujud memori kita bersama kalau Allah tak pertemukan kita. Setiap seorang memberi memori yang berbeza. Ada yang ketawa dan ada yang sedih. Ada yang singgah sebentar, ada yang lama hatta hari ini masih mencipta memori indah bersama. Allah tahu selain berkasih dengan-Nya, Dia juga mahu kita merasa keindahan berkasih sesama manusia. Itulah tanda hebatnya kasih sayang Allah kepada kita. Kerana kasih sayang Allah kita dapat merasa kasih sahabat kita. Sayangnya Allah pada kita kerana tidak mahu kita sesat di dunia ini, maka Dia pertemukan kita dengan mereka. Merekalah sahabat yang sering memperingati kita tentang dunia yang fana ini sering cuba melalaikan kita. الرحمن الرحيم. Bersyukurlah kita kerana Allah beri kita walau hanya seorang sahabat. الحمد الله Seronok dapat jumpa kawan lam