Posts

Showing posts from February, 2017

Dua Puluh Tiga

Image
Teks: Lyana Zakaria Alhamdulillah, 23 tahun 3 hari Allah telah panjangkan umur. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan diri ini. Selama 23 tahun hidup, aku cuba menoleh belakang, mengimbau masa lalu yang telah meninggalkan aku. Pernah juga terlintas di fikiran bosannya kehidupan aku. Benda yang sama sahaja berulang setiap hari. Tapi itu dulu. Maksud aku, cara aku berfikir. Bila difikirkan semula, macam drama jugalah kehidupan aku. Nasib tiada babak menampar menggunakan air. Terus-terang aku katakan aku yang dahulu bukanlah yang sekarang. Some of you may know a part of me, some of you might know the  other side of me. Fear not, I am still Lyana.  Biarlah cerita naik turun itu aku dan Allah sahaja yang tahu. Masa lalu yang menghantui Setiap daripada kita pasti pernah mengalami detik-detik gelap yang menakutkan. Detik yang terlalu gelap ibarat kita terjatuh ke dalam gaung dan mencari jalan untuk keluar daripada gaung tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Susah. Pelbagai