Posts

Showing posts from September, 2015

Ahlan Junior

Image
Teks: Lyana Zakaria "Korang, jangan lupa ya promote #ahlanjunior, " pesan Tuan Pengerusi PCM 15/16, Asyraf Albakri. InsyaAllah, tulisan kali ini adalah sedikit perkongsian pengalaman diri ini setelah hampir 4 tahun menetap di bumi Mesir ini. Niat Bercakap mengenai ahlan, terimbau kenangan hari berlepas ke Mesir. Beberapa hari sebelum hari kejadian, ayah mendapat makluman daripada bosnya untuk terbang ke Perancis bersama-sama bosnya sehari sebelum tarikh saya berlepas ke Mesir. Sedikit kecewa juga kerana ayah tidak dapat bersama-sama keluarga melihat aku berlepas. Oleh kerana kudrat wanita seperti ibu dan aku tidak sekuat ayah dan Hakeem yang agak keding pada waktu itu, maka ayah pun meminta pertolongan Uncle Pok atau nama sebenarnya Azizi, teman rapat ayah semasa mengaji di Texas, Amerika dulu untuk membantu mengangkat beg bagasi. "Awak, Lyana before flying ni set your mind and niat that you're going to Egypt to study because of Allah. InsyaAllah, Allah