Ahlan Junior

Teks: Lyana Zakaria


"Korang, jangan lupa ya promote #ahlanjunior, " pesan Tuan Pengerusi PCM 15/16, Asyraf Albakri.

InsyaAllah, tulisan kali ini adalah sedikit perkongsian pengalaman diri ini setelah hampir 4 tahun menetap di bumi Mesir ini.

Niat

Bercakap mengenai ahlan, terimbau kenangan hari berlepas ke Mesir. Beberapa hari sebelum hari kejadian, ayah mendapat makluman daripada bosnya untuk terbang ke Perancis bersama-sama bosnya sehari sebelum tarikh saya berlepas ke Mesir. Sedikit kecewa juga kerana ayah tidak dapat bersama-sama keluarga melihat aku berlepas. Oleh kerana kudrat wanita seperti ibu dan aku tidak sekuat ayah dan Hakeem yang agak keding pada waktu itu, maka ayah pun meminta pertolongan Uncle Pok atau nama sebenarnya Azizi, teman rapat ayah semasa mengaji di Texas, Amerika dulu untuk membantu mengangkat beg bagasi.

"Awak, Lyana before flying ni set your mind and niat that you're going to Egypt to study because of Allah. InsyaAllah, Allah mudahkan jalan nanti,"pesan Uncle Pok.

Bersungguh-sungguh Uncle Pok menasihati aku. Ya, niat itu yang akan menjadi panduan kita di sini. Jika datangnya kita ke bumi Mesir ini kerana Allah, maka carilah jalan yang menuju kepada-Nya insyaAllah Allah akan bantu kita dari segenap sudut walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

WOW!

Tiba sahaja di Mesir, seolah-olah tidak percaya yang kaki kecil ini sudahpun berpijak di bumi Anbiya' ini. Cool~ Pada hari pertama lagi, aku dapat describe Arab

1. Orang Arab suka bunyikan hon.
Sepanjang perjalanan kami dari Kaherah ke Mansurah, bunyi hon tidak pernah berhenti. Mereka menggunakan hon sebagai isyarat mereka sama ada untuk menukar laluan atau memberitahu yang mereka ada di laluan tersebut ataupun memaki pemandu yang lain.

2. Orang Arab pemandu yang cekap.
Zikir tidak pernah lekang di bibir kita kerana cara pemanduan mereka yang sangat hebat :3 Alhamdulillah.

3. Membuang sampah merata merupakan tabiat mereka.
Buk, bunyi botol plastik dicampak ke tepi jalan. Tidak terkata kami dibuatnya.

4. Orang Arab sado.
Beg-beg bagasi kami diangkat tanpa berhenti sehingga ke tingkat 6. Kami yang berjalan lenggang juga berhenti sebentar untuk mengambil nafas.

5. Senior-senior yang angelic.
Tiba sahaja di Mansurah, senior-senior membawa kami ke kedai perkakas untuk mencari perkakas membersihkan rumah. Ada juga yang bersama-sama kami membersihkan rumah sehingga lewat malam. Sanggup memanjat tangga untuk menghantar makanan ke rumah kami di tingkat 6  keesokan harinya. Rasa terharu tu sampailah ke harini :P



Berkawan dengan orang Arab

Dulu kitorang berkawan dengan anak tuan rumah kami, Ahmad dan Ainsam. Pada awalnya body language adalah satu-satunya cara untuk kami memahami mereka. Setiap kali Ahmad datang mengetuk pintu kami untuk medapatkan duit sewa, dia akan menulis satu perkataan arab di atas papan putih dan kami akan berikannya maksud dalam bahasa melayu. Seronok! Daripada tidak tahu apa-apa sehingga kami boleh berbicara dengan orang Arab dengan lancarnya. Serius tak tipu.  Tapi, hari ini disebabkan tuan rumah kami fasih berbahasa inggeris, bahasa arab dilupakan. Tergagap-gagap apabila kami berbicara dalam bahasa Arab.

Makanan Arab

Makanan Arab adalah makanan kegemaran saya. Tetapi, makan makanan mereka dalam kuantiti yang banyak juga boleh menyebabkan korang mendapat penyakit darah tinggi. Masin. Kitorang juga lebih suka memasak di rumah berbanding makan di luar untuk menjimatkan duit.

Setakat ini dahulu.

Jika hendak diceritakan semua pengalaman saya dari tahun 1 sehinggalah sekarang, terlalu banyak dan tidak kesemuanya berada dalam ingatan saya. Maaf andai ada salah silap ataupun terkasar bahasa. Untuk rujukan lanjut mengenai Mansurah, taipkan #ahlanjunior di Facebook insyaAllah di situ korang akan jumpa banyak pengalaman lain dan petua daripada senior-senior korang yang angelic.

Aiskrim pertama saya di Mesir :3
Faraulah wa laban

Kenangan tahun 1
Sanah Helwa, Sayyida! May Allah bless you my friend!
Dari kiri: Nina, saya, Sayyida.

Comments

  1. wow. kemah exco bpp pcm. good one insha Allah.

    ReplyDelete
  2. first time dulu pun,aku tk suka gila dgar bunyi hon. sakit telinga.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit telinga, tachycardia pun ada. haha

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today