Posts

Showing posts from 2018

Today But Please Not Today

Image
Teks: Lyana Zakaria Why am I here? For what reason I'm here? Why did I choose to be here? Did I made a good choice? Will I regret this? What if I change my mind? Can I turn back? If I turn back will I regret it, again? What if I did turn back and I went back to where I was? Will it change things? Or maybe I should just choose the other option? If I did, will I not have any regret anymore?  What if it is wrong even from the beginning? Should I just give up from the beginning? It would be much more easier, right?

Setelah 60 Tahun

Image
Teks: Lyana Zakaria Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan bertukar kepada parti pembangkang. Selama 60 tahun rakyat Malaysia duduk dalam tampuk pimpinan yang sama iaitu Barisan Nasional. Hari ini, 10 Mei 2018, rakyat Malaysia mula bersorak gembira kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang sedia ada yang penuh dengan korupsi. Kalau sebelum ini kita dapat lihat kehangatan kempen antara semua parti-parti di Malaysia. Masing-masing cuba sehabis mungkin mempromosikan parti pilihan mereka. Rata-rata anak muda tahun 80an-90an mahukan perubahan. Tapi sayang dalam kita berkempen, ada dalam kalangan kita menggunakan bahasa yang kurang manis, menyerang peribadi calon yang mana kita boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan itu. Sentimen yang masih diwujudkan dalam kalangan rakyat juga adalah isu rasis. Seolah-olah tiada lagi isu lain yang boleh dibangkitkan. Kerajaan kita hari ini adalah Pakatan Harapan dengan membawa harapan mereka akan memperjuangkan suara-suara

Signal

Teks: Lyana Zakaria Alhamdulillah, 24 tahun hidup tak pernah lari daripada kesilapan. Sekejap sahaja masa berlalu. Kalau imbas kembali masa lalu, hanya mampu geleng kepala sambil berkata “kalaulah”. (Jangan jadikan sebagai amalan harian). Baru semalam aku terpegang tangan seorang pakcik berbangsa cina yang aku ingatkan itu tangan ibuku kerana aku ralit melihat manusia sehinggalah ibu melambai aku dari jauh sambil tersengih. Baru semalam aku merengek menangis sebab cemburukan adik. Baru semalam aku mendapat seorang adik tetapi harini dia sudahpun berumur 13 tahun. Baru semalam aku terbang ke Mesir tetapi hari ini aku tinggal lagi setahun sebelum bergraduasi. InsyaAllah amin. Semua itu berlaku 20 tahun yang lalu. Semuanya seolah-olah baru semalam terjadi. Hari ini kita sudah mendekati wawasan 2020 yang dikatakan kenderaan pada waktu itu mungkin kenderaan yang boleh terbang di udara. Dunia yang dilihat sudah sakit dahulu semakin tenat. Masyarakat hilang kewarasan akal. Yang baik dikatakan