Posts

Showing posts from July, 2015

Sombong atau Buat-Buat Sombong?

Image
Teks: Lyana Zakaria "Sombonglah dia tu. Aku duk sebelah tak tegur pun." "Tak reti aku nak cakap dengan orang macam tu. Degil. Biarlah dia." Antara dialog yang selalu kita dengar atau kita ungkapkan. Setelah berumah tangga dan memasuki alam bekerja ni, pada pendapat saya antara elemen penting yang saya perlu ada adalah skil berkomunikasi.  Saya ni takdelah pandai sangat nak berkomunikasi. Kalau cakap pun macam hambar je. Sebab itu saya lebih banyak memerhati. Tetapi, memerhati sahaja tidak mencukupi untuk wujudkan persefahaman. Saya akui itu kerana kadang-kadang dengan memerhati sahaja kita akan membuat andaian sendiri dan andaian tersebut boleh jadi sama ada sangkaan itu baik ataupun buruk bergantung pada individu.  "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya" Antara salah satu sebab saya kurang pandai berkomunikasi. Kebanyakan perkataan yang keluar daripada mulut ini akan jadi satu penyesalan buat diri ini. Pernah juga ada or