Sombong atau Buat-Buat Sombong?

Teks: Lyana Zakaria


"Sombonglah dia tu. Aku duk sebelah tak tegur pun."


"Tak reti aku nak cakap dengan orang macam tu. Degil. Biarlah dia."


Antara dialog yang selalu kita dengar atau kita ungkapkan. Setelah berumah tangga dan memasuki alam bekerja ni, pada pendapat saya antara elemen penting yang saya perlu ada adalah skil berkomunikasi. 


Saya ni takdelah pandai sangat nak berkomunikasi. Kalau cakap pun macam hambar je. Sebab itu saya lebih banyak memerhati. Tetapi, memerhati sahaja tidak mencukupi untuk wujudkan persefahaman.


Saya akui itu kerana kadang-kadang dengan memerhati sahaja kita akan membuat andaian sendiri dan andaian tersebut boleh jadi sama ada sangkaan itu baik ataupun buruk bergantung pada individu. 



"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"


Antara salah satu sebab saya kurang pandai berkomunikasi. Kebanyakan perkataan yang keluar daripada mulut ini akan jadi satu penyesalan buat diri ini. Pernah juga ada orang yang mengadu mengatakan saya sombong. Bukan sombong tapi saya tak reti nak mulakan perbualan makanya saya mengambil keputusan untuk diam. Tetapi kerjaya yang saya pilih memerlukan saya untuk pandai berkomunikasi. Jadi, nak tak nak saya kena belajar juga bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik. InsyaAllah, masih sempat lagi untuk belajar.


Tapi itu semua dengan manusia. Kalau dengan Allah? Ibu kata, "along cakap je apa sahaja. Tak puas hati? Ngadu kat Allah. Pada mulanya mungkin kita akan cakap perkataan yang negatif tapi selepas itu kita sendiri akan ubah perkataan kita daripada negatif kepada positif. Lama-lama insyaAllah kita akan ubah cara kita berfikir dan insyaAllah you will feel the differences."


Pendek kata, kita ubah cara komunikasi kita dengan Allah dulu, secara tak langsung kita akan ubah cara komunikasi kita dengan manusia. 


Saya pohon seribu kemaafan kepada mereka yang ada terasa dengan kata-kata atau perbuatan saya. Semoga kalian ditemukan dengan malam lailatul qadar. InsyaAllah.


Yang di perantauan,

Lion 


Comments

  1. samaaa ! tkpa suara "lion" akan didengari oleh rkyt jelata ^^ kipidap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today