Biro Penerbitan & Penerangan

Teks: Lyana Zakaria


Fuh fuh..*tiup habuk*


Assalamualaikum wbt kepada pembaca.


Haritu ada terbaca status Facebook mengenai penggerak belakang tabir. Kalau tak silap penggerak belakang tabir yang disebutkan penulis adalah grafik designer. Teringat pula pengalaman bekerja sebagai grafik designer . Seronok dia lain, sakit dia pun lain. Hampir 5 tahun terlibat dalam bidang ini namun sehingga hari ini tak boleh nak tinggalkan. Boleh gian orang kata.


Tak pernah terfikir pun untuk menjadi grafik designer tetapi memang sejak kecil kita berminat dalam subjek seni (walaupun lukisan tak cantik zaman dulu² orang kata macam tu). Rasanya minat ini turun temurun daripada Ayah. Ayah saya memang pandai melukis dan berminat juga dalam bidang fotografi, designing. Ayah sendiri pernah reka logo untuk syarikat kecilnya. Jadi, Ayah sangat menggalakkan kami supaya belajar apa-apa soft skil sebagai added value untuk kita. Pada Ayah, it makes us a little bit special because we can do something that not everyone can do it. Maybe.


Nak dijadikan cerita bagaimana saya boleh terjebak dengan Photoshop, kami serumah menyertai kelas Photoshop yang dikelolai oleh Mansoura Medical Academy salah satu unit penting di bawah PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM). Tak lama kemudian, sahabat saya, Amanina Afifah bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi(AJKT) PCM. Jadi sebagai tanda menyokong beliau, saya design dua poster untuk beliau. Kami tampal poster beliau di semua tempat hot dalam kalangan orang Malaysia. Group icon Whatsapp PBL pun kami tukar. Siap request supaya ahli group PBL tukar dp mereka dengan poster beliau. Bila difikirkan semula malu pun ada. Sampai tara itu kami bersungguh.

Poster pertama


Tak lama kemudian, saya ditaqdim sebagai salah seorang ajk kecil untuk Unit Karya & Risalah. Ketua BPP pada sesi itu ialah Ariff Anuar(Barep) dan Kak Dania pula timbalan beliau. InsyaAllah mereka bakal menghadapi peperiksaan akhir tak lama lagi. Jadi, saya dipanggil ke mesyuarat pertama saya di Qa’ah Ibnu Sina(QIS) yang pada waktu itu di Tir’ah. Bersungguhlah Kak Dania meyakinkan Barep. Katanya poster saya lawa sedangkan boleh nampak sangat crop & paste sana sini. Saya ditugaskan untuk design majalah keluaran PCM, Mansoura Magazine (M-Mag). Nervousnya Allah sahaja yang tahu. Saya yakin Barep mengucap panjang melihat hasil kerja saya. Banyak perubahan yang dilakukan sebab saya hantar lain, hasil jadi lain. Haha.

M-Mag Edisi Pertama
M-Mag Edisi Kedua


Walaupun tak ditegur secara direct pada waktu itu tapi saya rasa sangat bersalah pada Barep kerana terpaksa buat dua kali kerja. Jadi, saya berazam untuk buat yang lebih baik selepas ini. Saya buat beberapa persediaan untuk M-Mag edisi kedua. Saya banyakkan melihat contoh-contoh design majalah di internet kemudian saya cuba meniru design yang saya boleh tiru sesuai dengan kemahiran saya pada waktu itu. Setelah siap, saya hantar design saya pada group M-Mag Crewz. Alhamdulillah, feedback yang diberikan sangat baik :D

Komen Barep 




Semua yang saya lakukan ini juga atas dorongan mak ayah. Merekalah orang pertama yang akan melihat dan mengkritik poster saya. Tapi itu dahulu. Kesian pula kena kritik selalu. Selepas Barep dan Kak Dania turun, Luqmey dan ‘Awatif pula yang menggantikan mereka. Sekali lagi, saya ditaqdim sebagai AJK BPP tetapi kali ini sebagai Timbalan Ketua Unit Karya & Risalah yang mana kami teruskan lagi keluaran M-Mag. PCM ibarat medan latihan saya.

“Confident tu kena ada. Kalau tidak sampai bila-bila kita tak boleh nak belajar.” 
- 'Awatif 


Setelah setahun bekerja di bawah ‘Awatif, saya bertanding sebagai AJKT PCM dalam pilihanraya kecil. Tapi, saya menang tanpa bertanding kerana calon yang bertanding bersama saya menarik diri. Baru nak acah-acah bermanifesto. Bukan rezeki. Setelah itu, saya diposisikan untuk menggerakkan BPP. Bersama-sama saya pada waktu itu adalah ketua BPP, Ipey. Di awal kenaikan saya, Barep ada memberi kata-kata semangat untuk saya dan Ipey. ‘Awatif pula banyak memberi pertolongan dan tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan BPP. Hanya orang yang pernah berada di tempat ini sahaja yang memahami susah senangnya untuk menggerakkan BPP.



Pengalaman bekerja dibawah BPP merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya sebab saya jumpa apa yang saya suka. Kerjanya banyak berdepan dengan emosi sebenarnya. Kena kritik poster tak lawa, lambat release lah. Bahasa teruk lah. Sehingga hari ini, poster saya masih ada lagi yang dikritik teruk, ditolak. Nak dapat ilham buat poster bukan senang. Semua itu bergantung pada ilham yang diberikan oleh Allah SWT. Kalau poster kita dikritik hodoh, nampak dull dsb, buat yang baharu. Kalau poster kita masih ditolak? Minta orang yang kritik tu buatkan. Kadang-kadang orang yang komen tu pun bukan tahu pun macam mana nak design poster. Tapi sebenarnya kita perlukan juga pandangan daripada mereka. Kalau tidak, kita takkan cuba untuk buat yang lebih baik. Kalau dia memang pakar buat poster? Kita minta dia ajarkan kita. Proses belajar ini takkan pernah berhenti sampai mati pun kita masih belajar mana yang salah, mana yang betul. Kalau tak tahu tanya. Kalau salah betulkan. Yang penting kena ada usaha.

Ada yang pernah cakap, rasanya orang Phlegmatic je boleh jadi designer ni sebab diorang malas nak layan emosi. Tahap kesabaran itu memang tahap dewa orang dulu-dulu cakap. Tipulah kalau kita tak rasa down. Kalau tak kita ni robotlah. Esok-esok dah kerja, kita mungkin akan dimarahi juga. Kira ini sebagai latihan untuk kita menghadapinya akan datang. Apapun tujuan kita buat semua biar satu iaitu kerana Allah SWT.

“Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”
Sekadar perkongsian, walaupun tak secantik poster orang lain.

Antara poster yang kita mula-mula design






Poster pertama untuk mediaPERUBATAN






















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today