Posts

Showing posts from 2014

Lion

Image
Text : Lyana Zakaria Sebenarnya ada banyak nama gelaran yang diberi pada saya, antaranya: 1. Minah cengeng (Arwah mak bagi) 2. Congah ( tak pasti kenapa. Tanya ibu, Aishah Hussein ) 3. Leona ( teman rapat semasa di sekolah menengah) Namun ketika saya di Tingkatan 5, saya diberikan nama gelaran Lion kerana dengan cara ini cikgu akan lebih mudah mengingati saya. Nama gelaran ini diberikan oleh cikgu tusyen matematik tambahan, cikgu Zainal Zulia.  Pada awalnya, saya kurang gemar kerana saya disamakan dengan seekor binatang. Tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya. Kenapa? Pertamanya, singa merupakan antara binatang yang dimuliakan dalam Islam. Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah digelar Asadullah yang bermaksud Singa Allah. Kedua, singa merupakan salah satu binatang yang saya memang teringin untuk memegangnya. Kalau tak silap saya, singa adalah salah satu spesis kucing gergasi. Comel kan? :P Ketiga, saya harap saya mempunyai sifat seperti

Mansourians

Image
مشاء الله تبرك الله It's been a while,huh?  What have happen during my silenceness :- ✔️Summer vacation (checked)  ✔️ mini reunion with friends (checked) ✔️Back to Egypt (checked) ✔️New house (checked) ✔️Class of Semester 5 (checked) ✔️#MAWAR14 (checked) Nilakandi is on the way. Nilakandi is a gathering program for members of mediaPerubatan all over Egypt. There will be some games, InsyaAllah and some ' anugerah '.  Well, I have heard a lot from my boss, Awatif about other muhafazah(district) about what they can do and we, Mansourians don't. So, I am looking forward for this kind of meeting to see it with my naked eyes. Haha "I heard that Mansourians is great in making a beautiful poster". (~_~;) Hrmm. The truth is, most of BPPians of Mansurah are actually newbies. There are some beautiful posters from my awesome collegue but for that 'beautiful' poster that other muhafazah are referring to is actually our 

Study Leave.

Image
Study Leave. Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan. Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.  “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya. Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri, “Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.” Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terpaksa

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me

Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim, Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya. Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim. Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah ja

Early Experiences

Image
Text: Lyana Zakaria Selamat Malam dari Mesir Malam yang indah di Syarie Rabie. (Bukan Rabie di Kaherah ya..) Alhamdulillah, telahpun berakhir peperiksaan mid-semester ku. Sekarang, matlamatku hanya satu; FINAL. Oh ya! Tahniah Amanina! Jayyid Jiddan for final semester 3 . Daebak~ Okay, apa itu Early Experiences ? Salah satu kelas praktikal untuk pelajar perubatan tahun 2 Mansoura Manchester Programme.  Haa, itu salah satunya. Selain itu, ia juga merujuk kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru menjinakkan diri dalam persatuan. Jujur saya katakan, bukan mudah untuk orang yang tidak tahu apa-apa yang memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana organisasi baik di sekolah dahulu. Sungguh tidak mudah buat saya yang tiba-tiba sahaja melibatkan diri dengan aktiviti persatuan, membahagikan masa untuk diri saya, masyarakat sekeliling dan keluarga. Ibu sudah berapa kali merajuk kerana aku terlalu sibuk sehingga kami jarang berhubung walaupun melalui Whatsapp . HUHU :&

Gentleman.

Image
Text: Lyana Zakaria Pagi dari Mansurah, Mesir. Alhamdulillah suara semakin hari semakin baik. (Dua hari lepas, suara gua rock bebeh. Nak-nak pula masa pagi-pagi buta sampai Mansurah. Macam Ramli Sarip pun ada. haha) Minnies in the House! Kami comel tapi kami tough! Champ WOW 2.0 Pengalaman WOW 2.0 di Balteem sangat bermakna buat diri ini. Pelbagai ragam manusia yang sebelum ini belum pernah aku lihat, telahku lihat. Dari yang lemah lembut sehinggalah yang paling kasar. Haaa jangan main-main nah. Akhawat Mansurah memey tough kau. hahaha. Balteem sangatlah sejuk. Aku balik Mansurah, rasa sejuk terbawa-bawa sampai takut nak masuk toilet. Angin pantai, pergghhh. Tuhan je tahu. Ibu di Malaysia turut terasa sejuknya dek kerana aku tidak meninggalkan apa-apa pesanan melalui Whatsapp. Jealouslah pulop. Hahaha. Maaflah ibu, satu-satunya alat komunikasi along tidak sempat utk along charge. Huhuhu. Alhamdulillah telah selesai pun WOW 2.0. Tinggal meeting muhasabah je. Berdeb

Mushrif

Text: Lyana Zakaria Topik yang menarik hari ini. Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini. Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta. Hrmm.. Tak tahu nak kata apa. Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,  " bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano? " (saya juga mengalami permasalahan yang sama) Kenapa jadi begini? Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas. 1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan. 2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatn

Mickey Mouse

Text: Lyana Zakaria Salam Maghrib dari Mesir. Semua orang risau pasal kapal terbang hilang itu. Macam-macam versi cerita kita dengar malah membuatkan orang yang membaca menjadi lebih keliru termasuklah hamba. Orang Ganu kate "Beratlah set set ni" Bhahahaha.. Sorry Mira. Hamba malas nok ambil cerita mano-mano sebabnya iye dok sah lagi oleh kerajaang. Makanya hamba ambil jalang mudoh iaitu kita ambil hok mana Perubatan sendiri post pasal kemalangan ini. In sha Allah. Kalu Perubatan sendiri pos, hambo percaya In sha Allah 100%. haa gitu. Kita serah pada Allah sahaja. Tak perlulah tweet sana, tweet sini, marah sana, marah sini, fb sana, fb sini. Nampak tak matang dan tidak professional. Malulah. Umur dah masuk 20, tapi percakapan, pertuturan dan penulisan masih lagi di dalam fasa remaja?? Haish. Lyana, tok sah dok kata kek orang ja. Kamu pung sama jugok. Dah 20 dah umur tuh. peace y'all. p/s: Mickey Mouse maskot rumah merah yeay! Mickey Rangers... bhahah

Berita Mengejut.

Image
Text: Lyana Zakaria مساء الخير dari Mesir. Bangun pagi buka Twitter (sejak-sejak internet laju. Alhamdulillah) penuh TL dengan berita mengenai pesawat MH370. Terkejut. Tak terkata. Betulkah? Atau hanya gurauan? Namun setelah ibu sendiri yang memberitahu ada pesawat hilang, barulah aku percaya berita ini. Ya Allah, sungguh aku rasakan berita ini ibarat filem-filem inggeris yang sering ditayangkan di pawagam atau tele. Ternyata hari ini, berlaku kes seperti ini. Allahu Akbar. Berita ini benar-benar menakutkan. Aku di sini sebenarnya berdebar-debar menanti apakah hasil pencarian mereka. Takziah buat keluarga yang mempunyai saudara di dalam pesawat tersebut. Sesungguhnya, Allah telah merancang jalan hidup kita. Makanya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan saudara kita.

WOW 2.0

Text: Lyana Zakaria Pagi. Weekend of Wonders 2.0 13 dan 14 Mac. Anisa dengan yakinnya mengatakan kami serumah Rumah Merah. Namun begitu, kenyataan itu diragui apabila AJK Pendaftaran telah mengeluarkan senarai nama ahli rumah sukan masing-masing. Ternyata nama Amirah ada di dalam senarai Rumah Hijau. HAHA. Anisa memang lawak. Yang kasihannya, Amirah dah beria-ia merancang baik untuk maskot sehinggalah lagu sorakan. hahaha. Tapi takpelah. Kita nak berseronok merapatkan ukhuwah. Insha Allah kita dapat capai seronok itu. Harapnya, semua berjalan lancar. huhu. Okaylah. Nak buat list nama akhawat utk ketua AJK keselamatan. heh :D selamat boh. p/s: The truth is I'm actually nervous. Don't know why. T.T

Siapalah aku....

Text: Lyana Zakaria Hari ini, hati ini gelisah. Hari ini, hati ini tenang. Hari ini, ada hati yang gelisah. Hari ini, ada hati yang tenang. Hari ini, hati-hati ini bersatu pada yang Satu. Hari ini,  hati-hati ini berpecah kerana sesuatu. Hari ini, hati ini dikawal oleh iman. Hari ini,  hati ini diganggu oleh bisikan Taghut. Hari ini,  hati ini berkata-kata. Hari ini, hati ini terdiam tanpa kata. Hari ini, hati ini terpegun. Hari ini, hati ini kecewa. Hari ini, hati ini rasa sayang. Hari ini,  hati ini rasa benci. Hari ini, hati ini ikhlas. Hari ini, hati ini berkira-kira. Hari ini, hati ini penuh dengan perasaan. Perasaan apa? Takut, Malu, Kecewa, Marah, Serabut, Gembira dan hari ini, aku post dua kali. p/s: seronok sebab aku tahu takde siapa hiraukan post ni kalau aku post kat FB nanti :P

Silly?

Hai. Selamat Pagi dari Mesir. Aku baru melangkah masuk minggu kedua Semester 4. Tanggungjawab mula bertambah saban minggu. Banyak benda yang aku harus pelajari. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Malu apabila difikirkan semula. Namun apakan daya, hidup mesti diteruskan. Tebalkan muka, itu sahajalah jalan buatku. Allah sahaja yang tahu betapa malunya aku. Kenapalah aku boleh terfikir sebegitu? Bagaimanalah aku boleh buat sebegitu? Kenapalah aku tidak tahu apa pun walau secebis? Jangan terlalu berharap yang aku mengerti segalanya. Semua ini pertama kali untuk aku. Tiada satupun aku mengerti segala. Malunya. Segannya. Kecewanya. Silly nya aku! T.T

Semester 4

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur hamba untuk meneruskan perjalanan ke hidup hamba di atas muka bumi Allah yang indah.  Cuti musim sejuk telah berakhir, maka bermulalah semester 4. Abilities and disabilities. What a great syllabus! Brain and spinal cord. Bhahaha. Nerves, meninges, ventricle, autonomic and etcetra.  Sebenarnya belajar merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Belajar bukan semata-mata pergi ke kelas dan tuntut ilmu, tetapi belajar bagaimana untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah yang luas untuk kita hamba Allah yang sangat kerdil ini. Banyak perkara telah membuka mata saya yang tidak berapa celik ini, salah satunya adalah cara untuk menghadapi ujian Allah. Dahulu kita ada emak ayah yang membantu kita membuat keputusan. Biarlah apapun yang penting bukan kita yang fikirkan. Bagus juga orang muda macam kita minta pendapat daripada orang yang makan garam dahulu. Tapi sampai bilakah kita akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapkan daripad

Friends.

Text: Lyana Zakaria After long time, this is my first post since i got back to Egypt, my second home.  Things happened, some might amazed you, some might scared you and some might don't give you any feels at all. Haha. Being in Egypt is a blessed actually. Most Malaysian outside Egypt would say that Egypt is not a peace country like ever? Why? Because Egyptian always fights what is best for them. El Jihad in them is very admirable actually and I got to see it with my own eyes. I mean eventhough it is a one way street but there is two car opposing each other to pass through it, both of them will fight for who go first and in the end they both got stuck and causes jammed. Haha. Sabor jela. Pejalan kaki macam kita pun sakit hati melihatnya.  That is Egyptian which you can say most are likely. However, there are some of Malaysian yang perangai macam-macam. Nak tak nak kena sabor jela. Kat sini kita lebih banyak bergaul dengan orang sebab siapa lagi kita nak minta tolong kalau bukan ora