Mushrif

Text: Lyana Zakaria

Topik yang menarik hari ini.
Kebanyakan lelaki di Mesir, terutamanya ikhwah-ikhwah Melayu di Mansurah, cuba mengelak untuk menggalas tanggungjawab ini.

Ada yang mengatakan salah akhawat juga kerana tidak meminta.
Hrmm.. Tak tahu nak kata apa.

Boleh jadi juga kerana itu. Tapi, pasti kawan-kawanku membebel (kalau ada yang membaca) sebabnya ramai yang mengatakan,

 "bukan kami tak mahu, tapi kami diberi bermacam-macam alasan untuk tidak menjadi mushrif kami. Acano?"

(saya juga mengalami permasalahan yang sama)
Kenapa jadi begini?

Kami mempunyai beberapa teori yang mungkin sedikit sebanyak boleh menyokong apa yang kami katakan di atas.

1. Bilangan ikhwah yang sudi menjadi mushrif secara ikhlas amatlah sedikit sampai satu masa, tiada lagi yang available pada waktu yang diperlukan.
2. Kebanyakan ikhwah lebih mudah untuk berkata ya jika yang meminta itu adalah orang yang dikenali ramai. Tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatnya. 
3. Mungkin juga kerana kurangnya kefahaman atau mempunyai kefahaman yang berbeza kenapa perlunya ikhwah menjadi mushrif.
4. Dek kerana sering ditolak apabila meminta mana-mana ikhwah menjadi mushrif, makanya akhawat mengambil keputusan untuk bermushrifkan Malaikat Raqib dan A'tid. 

"Tanpa ikhwah, kami masih survive".

Pfftt....

Itu pendapat kami. Bagaimana anda?

p/s: Ibu risau eden selalu keluor meeting memalam. Asyik bertanyakan ado penoman ke tidak. Persoalannya, ado ke idok? Jeng...Jeng...Jeng...


Ado. Sapo?


Rahsio.

bhahaha.....

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today