Setelah 60 Tahun

Teks: Lyana Zakaria

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kerajaan bertukar kepada parti pembangkang. Selama 60 tahun rakyat Malaysia duduk dalam tampuk pimpinan yang sama iaitu Barisan Nasional. Hari ini, 10 Mei 2018, rakyat Malaysia mula bersorak gembira kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang sedia ada yang penuh dengan korupsi.

Kalau sebelum ini kita dapat lihat kehangatan kempen antara semua parti-parti di Malaysia. Masing-masing cuba sehabis mungkin mempromosikan parti pilihan mereka. Rata-rata anak muda tahun 80an-90an mahukan perubahan. Tapi sayang dalam kita berkempen, ada dalam kalangan kita menggunakan bahasa yang kurang manis, menyerang peribadi calon yang mana kita boleh menilai kematangan seseorang berdasarkan itu. Sentimen yang masih diwujudkan dalam kalangan rakyat juga adalah isu rasis. Seolah-olah tiada lagi isu lain yang boleh dibangkitkan.

Kerajaan kita hari ini adalah Pakatan Harapan dengan membawa harapan mereka akan memperjuangkan suara-suara rakyat di Parlimen.

Moga - moga terlaksana janji-janji mereka selama 5 tahun memerintah ini.

Akanku ingat tarikh keramat ini.
10 Mei 2018.

11.31p.m, Mesir
5.31a.m Malaysia.




Comments

Popular posts from this blog

Happy Birthday Ayah

Biro Penerbitan & Penerangan

Today But Please Not Today