Posts

Showing posts from January, 2018

Signal

Teks: Lyana Zakaria Alhamdulillah, 24 tahun hidup tak pernah lari daripada kesilapan. Sekejap sahaja masa berlalu. Kalau imbas kembali masa lalu, hanya mampu geleng kepala sambil berkata “kalaulah”. (Jangan jadikan sebagai amalan harian). Baru semalam aku terpegang tangan seorang pakcik berbangsa cina yang aku ingatkan itu tangan ibuku kerana aku ralit melihat manusia sehinggalah ibu melambai aku dari jauh sambil tersengih. Baru semalam aku merengek menangis sebab cemburukan adik. Baru semalam aku mendapat seorang adik tetapi harini dia sudahpun berumur 13 tahun. Baru semalam aku terbang ke Mesir tetapi hari ini aku tinggal lagi setahun sebelum bergraduasi. InsyaAllah amin. Semua itu berlaku 20 tahun yang lalu. Semuanya seolah-olah baru semalam terjadi. Hari ini kita sudah mendekati wawasan 2020 yang dikatakan kenderaan pada waktu itu mungkin kenderaan yang boleh terbang di udara. Dunia yang dilihat sudah sakit dahulu semakin tenat. Masyarakat hilang kewarasan akal. Yang baik dikatakan