Signal

Teks: Lyana Zakaria

Alhamdulillah, 24 tahun hidup tak pernah lari daripada kesilapan. Sekejap sahaja masa berlalu. Kalau imbas kembali masa lalu, hanya mampu geleng kepala sambil berkata “kalaulah”. (Jangan jadikan sebagai amalan harian).

Baru semalam aku terpegang tangan seorang pakcik berbangsa cina yang aku ingatkan itu tangan ibuku kerana aku ralit melihat manusia sehinggalah ibu melambai aku dari jauh sambil tersengih.

Baru semalam aku merengek menangis sebab cemburukan adik.

Baru semalam aku mendapat seorang adik tetapi harini dia sudahpun berumur 13 tahun.

Baru semalam aku terbang ke Mesir tetapi hari ini aku tinggal lagi setahun sebelum bergraduasi. InsyaAllah amin.

Semua itu berlaku 20 tahun yang lalu. Semuanya seolah-olah baru semalam terjadi. Hari ini kita sudah mendekati wawasan 2020 yang dikatakan kenderaan pada waktu itu mungkin kenderaan yang boleh terbang di udara.

Dunia yang dilihat sudah sakit dahulu semakin tenat. Masyarakat hilang kewarasan akal. Yang baik dikatakan jahat. Yang jahat diberi tepukan. Hilangnya rasa malu dalam diri menjadi punca. Tanpa segan silu mereka bercakap mengenai kemaluan. Nafsu menjadi pertimbangan utama. Anak menjadi tempat melepaskan nafsu. Tanpa segan silu mereka mendongak tinggi ke langit sedangkan tangan sibuk membuat ‘kerja’. Gambar menjadi tiket untuk teruskan hidup bukannya Allah. Kurang ‘like’ maka tiada gunanya kita teruskan hidup. Yang haram dihalalkan kerana mahu menjaga nama baik seorang manusia. Islam yang sepatutnya tertegak ditumbangkan kerana duit.

Gila?

Ya, inilah kegilaan akhir zaman.

Apa sudah jadi pada dunia? Hanya Allah sahaja yang tahu. Di manakah titik permulaan kerosakan ini? Inikah yang dikatakan dunia dalam keadaan ‘aman’? Mungkin ‘aman’ buat mereka yang ignorance.

Sebelum ini aku hanya fikirkan aku. Tapi hari ini, melihat muka sahabat-sahabat membuatkan aku terfikir, apa yang aku boleh buat untuk mereka sebab nabi SAW berkata,

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi maanfaat kepada orang lain.”

Aku berharap yang aku boleh menjadi lebih baik. Itulah impian aku setiap tahun. Because I know I have nothing. Semua ini pinjaman Allah. Aku hanyalah manusia yang lemah yang hanya boleh meminta Allah Ya Rahman Ya Rahim sahaja yang boleh membantu aku. Aku berharap yang aku akan terus bergantung pada-Nya sampai kiamat.

Mejadi baik juga bukan senang. Tipulah jika aku tidak pernah cuba untuk berundur. Berundurnya aku bermakna aku hilang kepercayaan kepada Allah. Tapi aku takut untuk meneruskannya kerana aku rasa aku tidak mampu. Begitulah aku, terus ke depan dan ke belakang. Kalau ada yang menarik ke depan maka aku ke depan sedikit. Tapi, jika ada yang menolak aku ke belakang, mungkin aku akan terkebelakang ataupun terjatuh terjelepok. Susah.

“Kalau kita bersama Islam, kita takkan pernah merasa mudah. Kalau mudah selalu, something wrong somewhere.”

Baru susah sedikit, kita mengeluh, lari daripada tanggungjawab. Teringat kata-kata seorang sahabat, kalau kita tak puas hati dalam semua perkara, ingat semula tujuan kita buat kerana Allah. Bukan kerana manusia.

Seorang lagi sahabat berkata, perjuangan mesti diteruskan sehingga kiamat. Jangan pernah berhenti walaupun kita mati.

Terima kasih buat mereka yang tak pernah berhenti menasihati diri ini terutama sekali ibu ayah dan housemates. Banyak signal atau isyarat yang Allah telah beri kepada kita tapi kita yang tak perasan. Moga Allah terus memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita supaya kita terus di jalan-Nya.

24 tahun. Muhasabah diri.
29 Jan 2018.

Ps: Tak penting.

Dalam lagu Not Today nyanyian kumpulan BTS kalau kita amati maksud liriknya menceritakan bagaimana mereka melawan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan mereka tidak akan berjaya. Hari ini mereka dikenali ramai (mungkin).

Begitu juga Islam. Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing juga. Biarlah orang kata apa, kita yakin yang asing inilah yang benar.

Amaran: lagu Not Today agak bising buat mereka yang suka dengar lagu blues.

Ini sekadar coretan hati ini. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.

Popular posts from this blog

Happy Birthday Ayah

Biro Penerbitan & Penerangan

Today But Please Not Today