Posts

Showing posts from April, 2014

Besi

Image
Text: Lyana Zakaria Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam). Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah? Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang me

Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim, Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya. Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim. Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah ja

Early Experiences

Image
Text: Lyana Zakaria Selamat Malam dari Mesir Malam yang indah di Syarie Rabie. (Bukan Rabie di Kaherah ya..) Alhamdulillah, telahpun berakhir peperiksaan mid-semester ku. Sekarang, matlamatku hanya satu; FINAL. Oh ya! Tahniah Amanina! Jayyid Jiddan for final semester 3 . Daebak~ Okay, apa itu Early Experiences ? Salah satu kelas praktikal untuk pelajar perubatan tahun 2 Mansoura Manchester Programme.  Haa, itu salah satunya. Selain itu, ia juga merujuk kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru menjinakkan diri dalam persatuan. Jujur saya katakan, bukan mudah untuk orang yang tidak tahu apa-apa yang memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana organisasi baik di sekolah dahulu. Sungguh tidak mudah buat saya yang tiba-tiba sahaja melibatkan diri dengan aktiviti persatuan, membahagikan masa untuk diri saya, masyarakat sekeliling dan keluarga. Ibu sudah berapa kali merajuk kerana aku terlalu sibuk sehingga kami jarang berhubung walaupun melalui Whatsapp . HUHU :&