Early Experiences

Text: Lyana Zakaria

Selamat Malam dari Mesir

Malam yang indah di Syarie Rabie. (Bukan Rabie di Kaherah ya..) Alhamdulillah, telahpun berakhir peperiksaan mid-semesterku. Sekarang, matlamatku hanya satu; FINAL. Oh ya! Tahniah Amanina! Jayyid Jiddan for final semester 3. Daebak~

Okay, apa itu Early Experiences?
Salah satu kelas praktikal untuk pelajar perubatan tahun 2 Mansoura Manchester Programme. 

Haa, itu salah satunya.

Selain itu, ia juga merujuk kepada pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru menjinakkan diri dalam persatuan. Jujur saya katakan, bukan mudah untuk orang yang tidak tahu apa-apa yang memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana organisasi baik di sekolah dahulu. Sungguh tidak mudah buat saya yang tiba-tiba sahaja melibatkan diri dengan aktiviti persatuan, membahagikan masa untuk diri saya, masyarakat sekeliling dan keluarga. Ibu sudah berapa kali merajuk kerana aku terlalu sibuk sehingga kami jarang berhubung walaupun melalui Whatsapp. HUHU :'(  Nina ada peringatkan juga, kita bekerja hari ini untuk Allah, maka ikhlaskan hatimu kerana doktor juga seorang daie.

Namun begitu, tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar tidak boleh diketepikan. Hal ini kerana memang tanggungjawab saya walau di mana jua saya berada, saya masih perlu belajar. Itu memang fitrah manusia bak kata senior,"Belajar nombor satu tapi Dakwah bukan nombor dua." Kesibukan hari ini mungkin tak terbanding dengan kesibukan saya di hari akan datang sebagai seorag MO. Fuh~ Practice makes perfect. 

Ada satu lagi kata-kata daripada Seniorku,
"Kita hanya betul-betul berehat apabila kaki sudah melangkah masuk ke Syurga Allah".
Berdesup masuk ke hati.
Maknanya, hidup kita di dunia ini bukanlah untuk berehat tetapi bekerja. Bekerja keras untuk mendapat rehat yang selamanya di Jannatul Firdausi.

P/s: Sebenarnya, tulisan ini untuk membakar semangat aku yang berada jauh daripada ibu :'(

Pesan ibu:
Banyakkan berhubung dengan Allah, insha allah dipermudahkan segalanya.
Insha Allah :D

Bakal MO.
Insha Allah.
Doakan kami semua :D
Dari kiri : Nina, saya, amira dan kak syima.

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today