Dush Dush :3

Bismillahirrahmanirrahim,

Sejak belakangan ini, saya dapat rasakan emosi saya kurang stabil. Tidak tahu mengapa, tetapi ada masa saya tidak mampu mengawalnya. Sampai satu masa, saya rasa ada juga yang merasa buku lima saya.
Kadang-kadang saya lepaskan amarah saya kepada teman serumah saya dengan meninggikan suara saya kepada mereka. Maafkan saya T.T

Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu beremosi sampai begitu sekali? Bila difikirkan semula, salah satunya mungkin kerana saya jauh dengan Allah? Astagfirullahalazim.

Ibu selalu pesan kepada saya supaya dekatkan diri pada Allah dan berkomunikasi dengan Allah tapi saya juga manusia biasa. Terkadang kita lalai dengan kesibukan dunia. Astaghfirullahalazim. Sampai bila lyana oi? Jom! Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah selagi Allah belum memerintahkan Izrail untuk menarik nyawa kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan sementara kita masih di atas muka bumi ini. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah jangan dilupakan. 

Bak kata luqmey, andai nyawa kita ditakdirkan ditarik oleh Izrail pada malam ini dan kita ditanya, "Apakah sumbangan kita untuk Islam?" Apakah jawapan kita kepada Munkar dan Nakir nanti? Tepuk dada, tanya iman bak kata Fathullah :D

Ala kulli hal, kita sebagai hamba-Nya mesti berusaha untuk mendapat rahmat-Nya. Bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak. (Ingat Lyana, Ingat!)

Sebelum saya mengakhiri kalam saya, ada satu firman Allah,
"Maka sabarlah engkau(Muhammad) atas apa mereka katakan,
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu,
sebelum matahari terbit dan terbenam;
dan bertasbihlah (pula) pada waktu malam dan di hujung siang hari,
agar engkau merasa tenang." (20:130)

Konklusinya, saya perlu bersabar dalam apa jua rintangan dan perbanyakkan zikir kepada Allah untuk mencapai ketenangan. Jangan lupa juga kebajikan kita kepada ibubapa kita. T.T 
Ibu Ayah, Hakeem dan Hazeem sentiasa dalam doaku XOXO :D

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today