Besi

Text: Lyana Zakaria

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah saya masih hidup dan bernafas seperti biasa ditemani ibu jari yang sakit (gara-gara lumba ulat bulu semalam).

Sejak-sejak ini, seperti yang anda telah maklum saya mula melibatkan diri dengan persatuan dan setiap hari saya akan bertemu dengan ramai orang. Setiap insan yang saya ketemu secara langsung atau tidak, masing-masing memberi imej yang sangat mantap dan saya kagum dengan mereka kerana mereka tahu di mana untuk menyalurkan kelebihan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir apakah kelebihan yang ada pada diri saya yang boleh saya gunakan untuk kemaslahatan ummah?

Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa bakat seperti orang lain. Saya lihat sahabat-sahabat saya semuanya hebat belaka, baik dari segi akademik mahupun sosial. Saya terasa sedikit kerdil jika saya bandingkan diri saya dengan mereka. Kadang-kadang apabila saya melihat mereka, seolah-olah ada satu bayangan yang menonjolkan kelebihan diri mereka. Sebagai contoh, apabila saya melihat seorang hamba Allah ini, apa yang terlintas di fikiran saya 'Oh, dia ini pandai melukis,' dan dia menggunakan kelebihan melukisnya untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang dia ada.

Tetapi, sehingga hari ini, saya masih tidak dapat mengenalpasti apakah kelebihan diri saya?

Ini satu persoalan yang sangat besar buat diri saya.
Sebak juga bila difikirkan selalu.

Sebabnya kita akan disoal oleh Malaikat mengenai sumbangan kita untuk agama Allah.

Oleh itu, teruskan mencari Lyana. Go, go, go!
Better late then never.

Have a nice day :D
SCDay
Sahabat usrahku
bersama Timbalan Pengerusi PCM
:D

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today