Semester 4

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur hamba untuk meneruskan perjalanan ke hidup hamba di atas muka bumi Allah yang indah. 

Cuti musim sejuk telah berakhir, maka bermulalah semester 4. Abilities and disabilities. What a great syllabus! Brain and spinal cord. Bhahaha. Nerves, meninges, ventricle, autonomic and etcetra. 

Sebenarnya belajar merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan. Belajar bukan semata-mata pergi ke kelas dan tuntut ilmu, tetapi belajar bagaimana untuk menjadi khalifah di atas muka bumi Allah yang luas untuk kita hamba Allah yang sangat kerdil ini. Banyak perkara telah membuka mata saya yang tidak berapa celik ini, salah satunya adalah cara untuk menghadapi ujian Allah. Dahulu kita ada emak ayah yang membantu kita membuat keputusan. Biarlah apapun yang penting bukan kita yang fikirkan. Bagus juga orang muda macam kita minta pendapat daripada orang yang makan garam dahulu. Tapi sampai bilakah kita akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya tanpa mengharapkan daripada sesiapa jika kita teruskan sikap ini? 

Ada masa kita perlu buat keputusan sendiri. Takkan kita nak ikut sahaja orang sekeliling kita buat apa. Kalau orang makan, kita makan. Kalau orang berak, kita berak. Kalau orang terjun bangunan, kita terjun juga? 

Daripada apa yang telah saya lakukan, saya telah pelajari satu kesilapan yang sekarang saya susah nak ubah. Kalau orang nak kata,"dulu lain, sekarang lain" memang sesuai untuk saya. Entah mana pergi semangat jitu saya. 

Insha allah masih ada tersimpan kemas di pelosok mana dalam hati ini. Akan ku gali sedalamnya. Insha allah. 

Sejak melangkah masuk ke tahun kedua, duniaku semakin sibuk. Saya mula menyertai Perubatan( satu perasatuan untuk menyatukan anak-anak perubatan sekitar Mesir) secara berperingkat. Ini pun kerana salah seorang housemate saya dicalonkan sebagai AJKT Mansurah. Mungkin terkena tempiasnya sedikit. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya mula mendekati masyarakat. Saya sebenarnya bukanlah seorang yang peramah dan seorang yang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan orang luar. Jadi saya merasakan adalah satu keperluan untuk saya belajar berkomunikasi kerana pada satu hari nanti saya akan berdepan dengan satu permasalahan besar untuk profession saya akan datang. Sebagai seorang doktor, sepatutnya saya mempunyai communication skills yang sangat baik supaya pesakit saya dapat memahami dengan baik apa yang saya cuba sampaikan. Malah, melalui komunikasi jugalah saya dapat menyampaikan Islam dengan lebih efisien. Penglibatan inisexara tidak langsung dapat menambah lagi bilangan kenalan saya. Seronok sebenarnya apabila kita berkawan.

Bercakap pasal kawan teringat sifu saya. Bhahaha.Semalam baru sahaja selesai editing majalah M-Mag untuk pelajar perubatan Mansurah. Banyak perbezaan antara keluaran pertama dengan yang kedua ini. Haha mungkin kerana saya budak baru belajar. Sifu saya, Ariff Anuar sampai terharu melihat M-Mag edisi kedua ini. Haha. Rasa gembira kerana dapat memenuhi citarasa dia. Haha. Alhamdulillah. 

Untuk dapatkan M-Mag, anda bolehlah muat turun pada link ini. www.youblisher.com/p/829341-M-Mag-2nd-Edition-February-2014/

Okaylah. Sampai sini jelah. 

P/s:
Cakap pasal belajar, teringat exam semester 3. Result tak tengok lagi. T.T

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today