Study Leave.

Study Leave.

Terimbau kenangan ketika di zaman persekolahan.

Ketika itu saya baru berusia 9 tahun. Apabila peperiksaan mula mendekati, ibu akan merangka soalan untuk saya sebagai latihan untuk saya menghadapi peperiksaan. Sampaikan kawan-kawan fikir saya ke tusyen apabila mereka melihat saya sibuk menjawab soalan-soalan itu.

 “Hebatlah mak kau. Buatkan soalan untuk kau. Mak aku tak buat pun,” kata kawan saya.

Saya pernah bertanya kepada ibu perihal ini. Jawapan yang ibu beri,

“Ibu rasa bersalah sebab ibu selalu balik lewat sampai tak sempat nak pantau bagaimanakah pembelajaran awak di sekolah. Ibu tak boleh salahkan awak kalau awak dapat markah teruk-teruk disebabkan kesibukan ibu. Jadi, ibu ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara untuk ibu menjaga kebajikan anak-anak ibu.”

Ibu saya merupakan seorang jurutera (bekas) yang bekerja di Kuala Lumpur manakala ayah pula pada ketika itu bekerja di Nilai sebagai seorang jurutera juga. Setiap hari ibu ayah terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang cukup sinonim dengan Kuala Lumpur. Kebiasaannya, ibu tiba di rumah asuhan kami pada pukul 8 dan ke atas. Keletihan tampak jelas di wajah ibu dan ayah. Namun, mereka tetap mampu memberikan senyuman paling manis tika melihat kami yang mengharapkan kepulangan ibu dan ayah. Setiap hari saya makan air tangan pakcik kedai makan. Air tangan ibu saya dapat rasakan hanya di hari minggu. Kadang-kadang timbul perasaan iri hati dengan teman-teman yang membawa bekal ke sekolah. Bukan apa, mereka telah diberi bekal tetapi tidak mahu makan makanan yang telah dibekalkan oleh ibu mereka. Katanya, makanan di kantin lebih sedap. Ada juga yang malu kerana membawa bekal.  Kalau saya, saya beritahu satu kelas yang saya bawa bekal pada hari itu :P

Itu kisah di sekolah rendah. Jom kita ke sekolah menengah pula.

Sekolah menengah merupakan fasa di mana saya mula membesar dan belajar mengenal dunia. Saya rasakan ketika itu lebih banyak peristiwa yang beremosi berlaku. Banyak perkara yang terjadi dan ibu begitu tabah menghadapi ujian yang Allah beri kepada kami. Tabik spring!

Bercakap pasal emosi, teringat pada malam sebelum saya exam Physics untuk SPM. Malam itu kononnya saya hendak membuat sedikit latihan kerana saya tidak mahu memberatkan lagi otak saya untuk menyerap masuk segala apa yang tertulis di buku Fizik. Namun begitu, saya tidak dapat menjawab satu pun daripada banyak-banyak soalan yang ada pada buku itu. Saya mula stres, lalu saya mengunci diri saya di dalam bilik saya kononnya hendak menelaah semula buku teks Fizik. Akhirnya setelah sekian lama saya cuba menahan perasaan saya, saya keluar daripada bilik saya berlari menuju mendapatkan ibu yang sedang tidur di biliknya. Menangis-nangis saya memeluk ibu. Ibu yang terkejut daripada tidur bertanya kepada saya apa yang terjadi. Saya katakan yang saya tidak mahu mengambil kertas Fizik esoknya.
“Haish, awak ni. Along, ini semua kerja setan. Dia sengaja menghasut awak. Sudah-sudahlah belajar. Pergi tidur. Sebelum tidur, ambil wuduk dan baca Yassin. Tak perlu direnung lagi buku Physics tu,” kata ibu.

Saya lakukan apa yang disuruh ibu lalu saya tidur. Keesokannya, saya bangun pagi bersiap ke sekolah seperti biasa, buku Fizik saya letakkan di dalam beg tetapi tidak pula saya berkeinginan untuk menyelaknya walaupun buat kali terakhir. Saya bimbang perkara semalam terjadi lagi. Makanya saya masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yang penuh harapan Allah Al-Alim akan membantu saya ketika menjawab soalan peperiksaan. Alhamdulillah, keputusan kertas Fizik saya benar-benar mengejutkan saya. 

Saya tak tahu apa yang akan terjadi jika ibu tiada di sisi saya pada waktu itu. Ibulah satu-satunya manusia yang ada di muka bumi Allah ini yang tahu bagaimana untuk menenangkan saya.

Ya Allah, berikanlah kekuatan buat keluarga kami untuk menempuh segala ujian yang ya Allah beri pada kami. Terima kasih ya Allah kerana sudi mendengar :D

Kini, ibu bukan lagi jurutera sebaliknya seorang surirumah yang bekerjaya malah beliau juga merupakan seorang blogger yang hebat juga (kalah anaknya yang satu ini). Saya bangga kerana saya punya ibu seperti ibu saya :D

p/s: ibu pernah bilang sama saya, "Enjoy your young life while you still have it". Dalam erti kata lain, sila kahwin lewat sikit ye.. LOL

Sekian daripada saya.
Jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Comments

  1. Yeah. I like the p/s part ;) tetapi semua itu di tangan Allah. Kita hanya sebagai perancang tetapi Allah merencanakan.
    Good luck for your exam and good luck to all your roomates.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today