Hikari, Thank you!

Teks: Lyana Zakaria

"Along, kitorang ada surprise untuk awak. Cepat balik," kata Hakeem.

Tiba sahaja di Malaysia, masing-masing senyum tak lekang di bibir. Bukan senyum sebab sudah lama tak jumpa aku tapi senyum something fishy omputih kata. "Surprise ada kat rumah."

Tiba di rumah, ada seekor kucing datang menggesel di kaki. 

"Eh, comelnya kucing ni. Sejak bila lagi ni?", kata aku sambil mengusap badan Hikari. Terkebil-kebil keluargaku yang lain melihat aku mengusap Hikari.

"Long what happen to 'allergy' with cats?", tanya Hakeem.

"Well, I kinda have overcome it, I guess since we have Mr. Grey in the house kat Mesir,"

So, that's how we met.

Last summer

"Ya Allah, pulangnya aku ke Malaysia selama sebulan ini, aku nak jumpa dengan Hikari. Aku rindu dia."-4 Julai 2016, sebelum terbang ke Malaysia.
Lebih 2 minggu aku pulang, tapi Hikari masih tak datang menjenguk kami di rumah. Kebiasaannya dia balik 2 hari sekali. Ibu pernah bising juga sebelum ini (waktu aku masih di Mesir), Hikari lama berjalan, tak balik-balik.
'Ya Allah, Hikari tak balik dah ke? Aku nak balik Mesir tak lama lagi. Dapat jumpa sekali pun cukup.'
Alhamdulillah tak lama selepas itu, Hikari pulang ke rumah. 'Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih sebab makbulkan doaku.'
Pelik? Sampai kucing pun masuk dalam doa, kan? Tapi, aku dapat rasakan kalau aku tak jumpa dia haritu, aku akan rasa lebih terkilan hari ini.
Hari ini, dalam group whatsapp family, ibu hantar gambar Hikari terbaring dalam kotak. Kotak putih itu tercalit darah merah dan badan Hikari juga ada kesan tompokan darah.
"Hikari mati kena langgar." - Ibu
Tak mungkin.
Aku baca sekali lagi takut-takut tersalah baca. Unfortunately, it is true. 
Hikari is dead.
Hikari, terima kasih untuk semuanya; kegilaan, kedegilan, keanehan, kemanjaan, semualah. 

Hikari, awaklah kucing yang paling best yang Along pernah jumpa. Terima kasih sebab bukakan pintu rezeki untuk family ni. We love you, Hikari.
Rest in peace, Hikari. 
4 Januari 2017.
Yang Merinduimu, Along.
Hikari
10 Sept 2014



Comments

Popular posts from this blog

Happy Birthday Ayah

Biro Penerbitan & Penerangan

Today But Please Not Today