Dua Puluh Tiga

Teks: Lyana Zakaria

Alhamdulillah, 23 tahun 3 hari Allah telah panjangkan umur. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan diri ini.

Selama 23 tahun hidup, aku cuba menoleh belakang, mengimbau masa lalu yang telah meninggalkan aku. Pernah juga terlintas di fikiran bosannya kehidupan aku. Benda yang sama sahaja berulang setiap hari. Tapi itu dulu. Maksud aku, cara aku berfikir. Bila difikirkan semula, macam drama jugalah kehidupan aku. Nasib tiada babak menampar menggunakan air. Terus-terang aku katakan aku yang dahulu bukanlah yang sekarang. Some of you may know a part of me, some of you might know the other side of me. Fear not, I am still Lyana. Biarlah cerita naik turun itu aku dan Allah sahaja yang tahu.

Masa lalu yang menghantui

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami detik-detik gelap yang menakutkan. Detik yang terlalu gelap ibarat kita terjatuh ke dalam gaung dan mencari jalan untuk keluar daripada gaung tersebut bukanlah satu perkara yang mudah. Susah. Pelbagai cara digunakan namun, sekiranya Allah tidak mengizinkan maka bertapalah kamu di dalam gaung itu. Sekiranya berjaya, luka di badan pasti akan menjadi parut dan peristiwa kejatuhan itu akan sentiasa segar di minda memberi peringatan supaya lebih berhati-hati di masa akan datang. Begitulah kehidupan kita sebenarnya.

Masa depan yang menggerunkan

Semalam, aku menghadiri majlis konvokesyen senior-senior Konvensional. Seperti biasa, program yang melibatkan orang Arab memang akan bising dengan siulan dan jeritan. Mungkin ada yang tidak selesa tapi, bagi aku itu penyeri majlis. Tak semena-mena aku tersenyum melihat gelagat mereka. Mujurlah mereka tidak menari di dalam dewan itu. Seorang demi seorang daripada mereka naik ke pentas dengan wajah yang gembira. Satu senyuman terukir di wajah mereka; senyuman yang menunjukkan aku telah berjaya melepasi satu fasa yang susah and I am proud. They have suffered for about 6 years and half or maybe more. Siapa tidak bangga? Tapi kami, pelajar perubatan sering dimomokkan dengan kehidupan semasa housemanship lebih memeritkan. I cannot help myself but to worry about it too. Will I survive? 

Pencuri Masa

Teringat kata-kata seorang senior yang telahpun pulang ke Malaysia. Katanya, pencuri masa sebenarnya ada 2 jenis; kita menyesali masa yang telah berlalu dan kita risaukan masa yang akan datang. Kita terlalu sibuk memikirkan kedua itu sehingga kita terlupa masa yang kita ada sekarang ini. Pesanan beliau, gunakan masa yang ada ini dan manfaatkannya sebaik mungkin. Inilah hakikat sebenar yang terjadi pada aku selama 23 tahun ini. Persoalan 'apa yang aku dah buat selama ini' seringkali berlegar di minda. Kalau pergi jumpa psychiatrist barangkali akan didiagnos ada psychiatry disorder walaupun pada hakikatnya tidak memenuhi ciri-cirinya. Mungkin.

Selama 23 tahun aku hidup, banyak yang aku terlepas pandang sehinggalah aku kehilangannya. Sehingga hari ini, aku menyesali segalanya. Maka, di kesempatan ini, aku menyusun 10 jari memohon keampunan di atas keterlanjuran yang pernah dilakukan. Terima kasih Allah untuk umur ini dan aku memohon umur yang panjang untuk terus mengumpul bekalan untuk ke syurga-Mu. Terima kasih ibu dan ayah kerana bersusah payah membesarkan saya. Terima kasih buat semua sahabat yang sentiasa memberi sokongan, bantuan dan doa. Semoga Allah memberi kasih dan sayang-Nya ke atas kamu.





Comments

Popular posts from this blog

Happy Birthday Ayah

Biro Penerbitan & Penerangan

Today But Please Not Today