Sahabati

Sahabat.

Merekalah yang menyinari hidup kita selain ibubapa.

Kadang-kadang mereka lebih tahu perangai nakal kita.

Walau tak sekepala, tetapi semua mengakui tanpa mereka pasti hidup kita berbeza.

Tak akan wujud memori kita bersama kalau Allah tak pertemukan kita.

Setiap seorang memberi memori yang berbeza. Ada yang ketawa dan ada yang sedih.
Ada yang singgah sebentar, ada yang lama hatta hari ini masih mencipta memori indah bersama.

Allah tahu selain berkasih dengan-Nya, Dia juga mahu kita merasa keindahan berkasih sesama manusia.

Itulah tanda hebatnya kasih sayang Allah kepada kita.

Kerana kasih sayang Allah kita dapat merasa kasih sahabat kita.

Sayangnya Allah pada kita kerana tidak mahu kita sesat di dunia ini, maka Dia pertemukan kita dengan mereka.

Merekalah sahabat yang sering memperingati kita tentang dunia yang fana ini sering cuba melalaikan kita.

الرحمن الرحيم.

Bersyukurlah kita kerana Allah beri kita walau hanya seorang sahabat.

الحمد الله
Seronok dapat jumpa kawan lama masih tak hilang. Haha

P/S :
Andai ada perbuatan saya yang melampaui batas suatu ketika dahulu, aku susun 10jari memohon maaf. Harap kawan kawan sudi memaafkan saya
 
ex-schoolmates
SKTTDIJAYA

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today