Cita-citaku : Menjadi seorang Mukmin yang solehah

Saya seorang muslim tetapi untuk mengaku yang saya seorang mukmin yang solehah harus dipertimbangkan lagi. Mengapa ? Kerana banyak lagi perkara yang saya harus perbaiki daripada yang wajib seperti solat fardhu sehinggalah yang sunnah seperti puasa isnin dan khamis. Saya harus belajar melakukan apa sahaja biarlah nawaitunya kerana Allah. Tetapi untuk menetapkan niat itu bukanlah senang. Saya sendiri mengalaminya. Hal ini kerana kita lebih suka memikirkan consequences jika kita tidak melakukan sesuatu ibadah. Padahalnya , kita harus menetapkan nawaitu kita bahawa kita melakukan ibadah ini kerana kasih sayang kita kepada kekasih kita iaitu Allah s.w.t. Persepsi ini harus diubah dan harus diterap ke dalam jiwa anak-anak kecil sekarang untuk memudahkan mereka.

Bukan itu sahaja , saya juga dapat merasakan ketenangan jiwa yang Allah berikan kepada saya dulu ditarik balik oleh Allah . Kenapa ? Saya lalai , lupa yang saya seorang hamba. Ibu pernah pesan kat saya : utk mendekatkan diri pada Allah kita haruslah berkomunikasi dengan Allah dalam apa jua keadaan pun . Ceria,sad, and what so ever. So saya telah pun memulakan langkah pertama .anda bila lagi ??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today