Sayanggg ibu !!!

Apabila kita ditanya tentang ibu kita , pasti jawapannya ," oh aku sayang ibu aku" . Sangat cliche . Tetapi apabila ibu memanggil kita untuk meminta bantuan , "ala ibu, orang baru nak rehatlah . Nanti nanti lah orang buat" malah kita akan meninggikan suara kita pada emak kita gara gara tidak mahu membantu . Tak dinafikan saya sendiri melakukan perkara tersebut . Tetapi setiap kali saya berbuat demikian terdetik penyesalan dihati dan timbul satu persoalan kenapa aku buat begitu pada ibuku sedangkan aku mengatakan yang aku sayang ibuku. Mungkin sekarang terdetik di hati kamu , 'minah ni lagi teruk daripada aku ' atau 'dia pun sama tak payah nak kecohlah wei' terpulanglah pada kalian sama ada hendak teruskan bacaan ini atau tak. Terus terang saya katakan ibu saya sering terasa hati dengan saya dan saya sering meminta maaf atas kesilapan yang sama . Astaghfirullahalazim . Malu saya dengan kawan kawan saya yang lebih sopan yang lebih menghormati ibu bapa mereka . Lebih memalukan mereka mengatakan saya bertuah mendapat ibu macam ibu saya . Iya . Memang betul saya bertuah mendapat ibu seperti ibu saya tetapi ibu saya tidak bertuah mendapat anak seperti saya kan ?? Mungkin ini satu pengakuan yang boleh memalukan saya tetapi saya ingin jadikan pengajaran kepada remaja masa kini. Mulai saat ini saya berjanji untuk menjaga tutur kata saya dengan ibu bapa saya kerana saya tidak mahu menjadi orang yang cakap tak serupa bikin .

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today