الارض الكنانة

Alhamdulillah, pada 27th September 2012 aku telah selamat tiba di Mesir. Sampai sahaja aku di Cairo Airport benda pertama yang aku nampak ialah pasir. Nak menunggu luggage sangat lama. Senior senior kitorang dekat sini sangat peramah dan baik baik belaka . 4 jam jugak untuk aku dengan kawan ke Maansoura . haha mungkin sebab jalan jam . Sampai di Mansoura aku pergi ke kedai untuk beli topup number mesirku ;) and barang barang untuk mengelap. Balik rumah kitorang sapu sapu jer pastu terus tidur sebab mengantuk sangat. Rumah sebelah and rumah bawah semua siap mop rumah semua malam tu . kitorang buat keesokan harinya . Orang arab di sini sangat peramah . kitorang sempat berkenalan dengan adik kepada tuan rumah kitorg namanya Ainsam. umur dia 13tahun. Badan dia tinggi dan tegap la. Kulitnya putih dan rambutnya keperangan . Aku tak pasti tuan rumah ni abang kepada Ainsam atau family Ainsam . Tapi apa yang aku pasti nama dia Ahmad and dia banyak tolong kitorang cakap bahasa arab. Even though kitorg macam ayam and itik tapi seronok bila kita dapat faham and rely balik apa yang diorg cakap and diorang faham apa yang kita cuba sampaikan. Alhamdulillah aku dapat jugak la praktikkan apa yang aku dah belajar masa sekolah dulu. tak sia sia bahasa Arab yang aku dah belajar dulu . Gamaah kitorg biasa jer. Kalau banding Universiti di Malaysia dengan Mesir, Malaysia punya lagi lawa la. haha . Tapi itu tak penting . Yang penting ilmu tu . Kalau kat Malaysia kita takkan gunakan bahasa Arab yang kita dah belajar tu di Malaysia walaupun kita tahu banyak perkataan . Dekat sini nak tanak kena juga guna sebab bagi aku hanya 97% mnggunakan bahasa Arab . Tapi nak cerita traffic kat sini tak pakai Traffic Light . Lampu isyarat guna tapi hon sebagai pemberitahu mereka ada di sebelah kenderaan kita . no rules . Jalan takde lane macam kat Malaysia . Selagi muat boleh je jadi berapa lane pun. Kereta kat sini kalau tak calar tak sah . Tapi ada je yang pandai jaga kereta diorg . Seronok sebenarnya kitorang dapat lihat perangai mereka . Macam macam perangai mereka . Ada yang bila terserempak dengan kitorg cakap " Alu ! Alu! Chinese. " Macam di Malaysia kita banyak memberi senyum berbanding memberi salam . Tetapi di sini apabila kita memberi senyuman kepada mereka, mereka akan memberi salam kepada kita . Terasa sedikit malu sebabnya kita datang ke negara mereka tetapi mereka yang memberi salam kepada kita . Jadi sebelum apa apa kitorg akan cuba beri salam dulu daripada mereka . Pemakaian mereka agak ketat kalau dibandingkan dengan Malaysia . Kebanyakan wanita mereka memakai pakaian yang mengikut bentuk badan dan mereka sebenarnya mahukan badan macam orang Malaysia yang kecil dan sederhana. Roomate aku suka tegur orang Arab jadi secara tak langsung aku pun terkena tempiasnya . Seronok sebab diorg sebenarnya suka orang datang ke negara mereka . Satu benda yang aku tak dapat nafikan ialah orang Arab yang belajar di gamaah sangat pandai . Kita harus belajar daripada mereka. Banyak lagi nak cerita tapi sampai sini sahaja dulu. Insya Allah ada kelapangan akan diupdatekan . Jaga diri and ma9as salamah ;)

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today