Exploring Bumi Anbiya'

Alhamdulillah . Harini telah masuk hari ke sepuluh aku berada di Mansoura. Walaupun baru sepuluh hari aku berada di sini, terasa lama sudah aku menetap di Mansoura. Terasa seperti Mansoura sudah sebati dengan diriku . Pada mulanya aku merasakan sedikit penyesalan dan membuatkan aku trefikir adakah benar jalan yang telah aku pilih. Tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit perasaan itu mula hilang . Apa yang ada dalam fikiran sekarang ini hanyalah pembelajaranku . Sedikit kecewa kerana kami ketinggalan kelas selama seminggu . Tidak seperti yang dijanjikan kepada kami menyebabkan kami agak terkilan. Mungkin ada hikmah Allah beri ujian ini pada kami. Allah mahu kami berusaha lebih sedikit berbanding orang yang telah tiba lebih awal daripada kami . Ya Allah, Dengarlah doa kami ya Allah . Kawasan perumahan kami baru hendak membangun. Sekeliling rumah kami semuanya sedang membangun. Insya Allah kalau betul apa yang dikatakan senior mungkin kawasan kami akan membangun dan menjadi seperti kawasan senior senior kami juga. Setakat ini kedai runcit favourite kitorg ialah ابو رايه . Itulah satu satunya kedai yang paling dekat dengan rumah kitorang . Buat permulaan ini kami sering membandingkan harga barang barang yang kami beli kerana kami perlu belajar untuk berjimat cermat supaya kita tidak boros dan menyusahkan mak bapak kami. Kami bukanlah anak orang berada . Beringat ingat jugalah ketika berbelanja . Cakap pasal berjimat, mak aku ada tanya pasal macam mana aku pergi ke kelas. Aku beritahu dia yang aku berjalan kaki selama 20min ke gamaah(جامعة) *universiti*. Ibuku terkejut malah dia menyuruhku menaiki teksi ke gamaah . Aku menolak cadangan dia banyak jugak duit nak kena pakai kalau dah tiap tiap hari nak naik teksi. Dahla air kat sini kena beli botol setiap hari . Kenalah berjimat kan? Takpela jalan kaki . Kurus sikit aku nanti hahaha :) Di Mesir mulut kita harus sentiasa berjaga jaga kerana segala percakapan kita menjadi satu doa. Malah ia boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja seperti apa yang kita ucapkan. Orang kata ini bumi Anbiya' kerana itu doa mudah diperkenankan JADI sebab itu ujian di sini pun hebat hebat. Senior senior ada beritahu kami tentang ejaan mesir, مصر . M- Musibah S-Sabar R-Redha . Apabila kita ditimpa Musibah , kita haruslah bersabar dalam mengharunginya dan jika jalan penyelesaian itu agak menyukarkan kita maka kita haruslah redha . So far what i can say about Mansoura is Adventurous . You , yourself have to explore every dust in this city and i can make sure u will love this city just like i did. I love this city ! Insya Allah it will be my second home .

Comments

Popular posts from this blog

Biro Penerbitan & Penerangan

Happy Birthday Ayah

Today But Please Not Today